CARA MEMILIH DEODORANT YANG BETUL

CARA MEMILIH DEODORANT YANG BETUL

setiap dari kita mesti berpeluh kan..tipu la kalau tak berpeluh..ada sesetengah dari kita cukup bernasib baik peluhnya tak terlalu kritikal yang boleh datangkan bau busuk..ada pula yang secara semulajadinya ada bau badan..dan ditambah pulak dengan bau peluh..Allah..hmmmm...jadi cara terbaik untuk kita cuba halang dari timbul bau-bauan yang kurang menyenangkan ni ialah dengan memakai deodorant atau antiperspirant.. 

CARA MEMILIH DEODORANT YANG BETUL

kalau kita tengok iklan kat tv tu, deodorant ni dah jadi macam benda wajib guna..kalau guna orang keliling mesti suka..hahahha...funny..but the logic is there..sape suka kalau orang sebelah bau kuat kan?
ada banyak jenama dan jenis deodorant yang ada di pasaran..baik untuk lelaki mahupun wanita..boleh pilih mana-mana pun..tapiiii...kena tahu mana yang sesuai dengan kita..mana yang sesuai dengan badan kita.
CARA MEMILIH DEODORANT YANG BETUL
Deodorant atau Antiperspirant?
kenal pasti perbezaan antara deodorant dan antiperspirant  
deodorant mengurangkan bau dengan menghapuskan bakteria yang timbul pada kulit apabila tubuh kita mengeluarkan protein dan lemak melalui peluh, dan sekaligus menghilangkan bau.

Antiperspirant pula mengurangkan peluh dengan menutup kelenjar peluh dan menghalangnya dari sampai ke kulit.
Adakah deodorant sesuai untuk anda? 
jika peluh bukanlah masalahnya, dan anda hanya ingin mengawal bau, this is probably your best bet.
atau antiperspirant? 
ada yang kerap dan banyak berpeluh, walaupun secara klinikalnya hanya 2% dari populasi mengalami masalah ini. jika anda sebahagian dari populasi ini, deodorant alone does not do the job.
  • ada pendapat mengatakan antiperspirant boleh mendatang kesan buruk. kandungan aluminium dalam antiperspirant boleh menyebabkan wujudnya warna kekuningan pada baju.
  • of course, kesan kuning ni boleh hilang dengan peluntur, tapi kalau rasa tak best just stick with deodorant.
  • ada juga kemungkinan antiperspirant menyebabkan penghasilan lebih banyak peluh yang mana boleh menjurus kepada masalah kesihatan akibat kelenjar yang tertutup - bukan ini yang kita nak kan?
pertimbangkan kombinasi
banyak yang ada dipasaran hari ni merupakan kombinasi kedua-duanya..deodorant dan juga antiperspirant.. ini bermakna kita boleh dapat dapat kebaikan dari kedua-duanya, tapi, kalau ada kesan buruk dari both deodorant dan antiperspirant, you will have to deal with them as well..

fahami apa kaitan penyelidikan dengan risiko masalah kesihatan
sejak beberapa tahun ni ada banyak khabar angin mengatakan antiperspirant dan deodoran berkait rapat dengan risiko kesihatan, termasuklah kanser payudara dan Alzheimer kebimbangan ini juga seringkali dikaitkan dengan kehadiran aluminium dalam antiperspirant. still takde lagi hubungan yang jelas, tapi
  • kajian di National Cancer Institute and the Food and Drugs Administration telah mengesahkan tiada bukti kukuh yang mengatakan produk-produk ini boleh menyebabkan kanser payudara.
  • Scientists juga tidak menjumpai bukti nyata untuk mengaitkan antiperspirant atau deodorant dengan penyakit Alzheimer.
  • walaubagaimanapun, kajian dalam bidang ini masih diteruskan, jadi para pengguna still kena ambil langkah berjaga-jaga.
CARA MEMILIH DEODORANT YANG BETUL
Deodorant
CARA MEMILIH DEODORANT YANG BETUL
Bagaimana memilih deodorant di pasaran?

Kenal pasti label.
  • Antiperspirant dan deodorant bukan magik. deodoran dan antiperspirant yang berada dipasaran hanya dibenarkan untuk menghalang 20% pengeluaran peluh sepanjang hari dan 30% yang dikira 'extra strength'. so people..choose wisely, read the labels..
Perbezaan antara lelaki dan wanita
  • ada banyak perbezaan antara kalenjar peluh lelaki dan wanita - wanita mempunyai lebih banyak kelenjar peluh tapi, tubuh lelaki menghasilkan lebih banyak peluh - tapi perbezaan ni tak pun membezakan kesan deodorant tu
          -  isi kandungan deodorant antara lelaki dan wanita tak banyak sangat beza walaupun rupa
             dan baunya berbeza.
          -  kebanyakan barangan wanita dipasaran lebih tinggi harganya berbanding barang-barang
             lelaki..so ladies...kalau tak banyak sangat beza mungkin kita boleh tukar dan jimat lebih
             banyak duit..eheheee

Pepejal, Roll-ons atau spray?
  • ada banyak faktor yang perlu diambil kira bila kita decide nak beli deodorant atau antiperspirant yang sesuai dengan kita 
          -  kebanyakan roll-on warnanya jernih, tapi dia lambat kering dan kadang-kadang buat kita 
             rasa tak selesa
          -  pepejal lebih kering berbanding roll-on, dan selalunya mengandungi soothing ingredient 
             untuk mengelakkan kegatalan. tapi, selalunya meninggalkan kesan kat baju..alahaaiii..
             tang ni paling tak best.....
          -  spray kering lebih cepat dan tahan lebih lama dari roll-on dan pepejal, tapi harganya mahal 
             sikit dari produk lain..

Bau dan kemungkinan kegatalan
  • terutamanya jika anda mencukur bahagian bawah lengan, kawasan ni boleh jadi lebih sensitif. ada antara isi kandungan deodorant boleh memburukkan lagi masalah ni. biasakan baca isi kandungan dengan teliti kalau kulit anda cenderung untuk kering dan sensitif.
          -  sama macam sabun pencuci, pewangi dan produk lain, deodorant selalunya mengandungi 
             pewangi yang mana boleh menyebabkan kegatalan yang hampir sama macam alahan.
          -  banyak produk juga mengandungi alkohol dan/atau antimicrobial agent dalam spray. ini 
             juga boleh menyebabkan kerengsaan pada kulit yang kering atau sensitif.

Bersedia untuk bertukar.
  • lama kelamaan badan kita akan lali dengan satu-satu formula., jadi pakar menyarankan agar kita tukar jenama setiap 6 bulan.
          -  saintis sendiri tak berapa pasti macam mana boleh jadi macam ni, tapi ada kemungkinan 
             disebabkan oleh peluh yang banyak terhasil.
          -  anda juga boleh mengelakkan 'resistance' dengan memakai antiperspirant di waktu 
             malam, bila kita kurang berpeluh. 

Jumpa doktor
  • kalau dah cuba macam-macam dan takde perbezaan, doktor boleh bagi sesuatu untuk mengatasi masalah ni.
CARA MEMILIH DEODORANT YANG BETUL
CARA MEMILIH DEODORANT YANG BETUL
Pilih Semulajadi

Jenama semulajadi
  • ramai sebenarnya lebih sukakan deodoran semulajadi. tujuannya sebab nak elakkan bahan kimia yang kita sendiri tak reti nak sebut yang ada dalam deodorant tu.
          -  tahap keberkesanan deodoran semulajadi adalah berbeza. korang kena try and error yang 
             lebih sesuai.
          -  walaubagaimanapun, ramai yang rasa roll-on dan spray bertindak lebih baik berbanding 
             pepejal.
          - antiperspirant semulajadi takde ye rakan-rakan sekalian. 

DIY
  • minyak tumbuhan dan ekstrak telah terbukti mengandungi kesan antibakteria. minyak-minyak ni boleh disatukan dengan bahan-bahan lain.
          -  cuba  gabungkan bahan pejal seperti beeswax, cocoa butter atau shea butter dengan 
             minyak seperti thyme, rosemary atau lavender
          -  baking soda juga antara bahan yang biasa digunakan sebagai homemade deodorant.


Jadi kawan-kawan, ianya sangat penting sebenarnya untuk kita kenal pasti tubuh kita sendiri. banyak peluh atau tak? serious atau tak? kalau keadaannya masih boleh dikawal dan tak mengganggu orang sekeliling tak payah pun takpe kot..dari segi kesihatan, bau deodorant yang korang beli takde bezanya. tapi bau kita dan bau deodorant tu sendiri mungkin boleh mengganggu orang keliling..so be smart people :)
CARA MEMILIH DEODORANT YANG BETUL

***********************************************************************
anda berminat dengan vitamin Shaklee
atau berminat untuk bersama-sama kami menjana pendapatan?
PM / Whatsapp untuk info lanjut dan konsultasi percuma akan diberikan ^_^ 

*produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit

setiap pembelian vitamin dari saya anda layak mendapat:
♥ jadual makan vitamin
♥ konsultasi percuma 
♥ peluang menjana income dengan shaklee
♥ jika berdaftar dibawah group biz bimbingan saya, dan ingin mengubah taraf kehidupan diri dan keluarga..Just ask 

No comments: