Showing posts with label sakit lutut. Show all posts
Showing posts with label sakit lutut. Show all posts

KECEDERAAN LIGAMEN ANTERIOR CRUCIATE

KECEDERAAN LIGAMEN ANTERIOR CRUCIATE 

Assalamualaikum..sebenarnya entry ni was requested..so i tried my very best untuk buat research and do some readings sebelum mula menulis..i am not a physiotherapist neither am i someone from medical line..i am just a small bug who love to read, write and share..kalau ada pakar-pakar yang sudi membaca entry sya ni, diharapkan dapat memberikan kritikan dan tegur kalau ada salah ye... :)
so..lets do this!

***********************************************************************
Anterior Cruciate Ligament atau ACL merupakan 1 daripada 4 ligamen yang membantu menstabilkan lutut kita. ia berfungsi untuk mengawal sejauh mana tulang tibia (tulang keting) bergerak seiring dengan tulang femur (tulang peha). ligamen ini juga merupakan ligamen yang paling mudah tercedera..selalunya, kecederaan ACL berlaku apabila ligamen lutut terkoyak. Kesan koyak ini boleh jadi sebahagian atau sepenuhnya.
KECEDERAAN LIGAMEN ANTERIOR CRUCIATE
Punca Kecederaan
  • lutut 'terlebih lurus' (hyperextended)
  • pergerakan secara tiba-tiba seperti berhenti secara mengejut, menukar arah secara tiba-tiba ketika berlari, pendaratan ketika melompat, atau berpusing.
  • perlanggaran fizikal
Perlanggaran fizikal seringkali berlaku pada sukan-sukan seperti bola sepak, futsal, badmintan, sepak takraw, ragbi, bola keranjang dan bola jaring. selain aktiviti sukan, kecederaan ditempat kerja dan kemalangan jalan raya juga boleh menyebabkan kecederaan ACL.

kebanyakan ACL terkoyak dibahagian tengah ligamen, atau ligamen tertarik dari tulang peha. kecederaan ini membentuk ruangan di antara ligamen yang terkoyak, dan mengambil masa yang lama untuk sembuh.

Wanita lebih mudah mengalami ACL berbanding lelaki kerana perbezaan anatomi tubuh, muscle mass dan aktiviti. Wanita mempunyai tulang pelvis yang lebih besar. lebih besar angle dimana tibia bertemu dengan femur di sendi lutut. Angle yang lebih luas menyebabkan ACL stress dan meningkatkan risiko kecederaan. 
KECEDERAAN LIGAMEN ANTERIOR CRUCIATE
Kecederaan ACL

Tanda-tanda
Tanda-tanda awal:
  • bunyi 'pop' ketika berlaku kecederaan dan biasanya lutut akan terkeluar dari lokasi asal.
  • lutut membengkak dalam tempoh 6 jam kecederaan.
  • sakit, terutamanya apabila anda cuba untuk meletakkan bebanan ke atas kaki yang tercedera.
mereka yang hanya mengalami kecederaan ringan mungkin akan berasa lutut mereka tidak stabil atau 'lemah' ketika menggunakannya.

Rawatan
segera berjumpa dengan doktor jika anda dapati anda mengalami kecederaan ACL. jangan bersukan atau melakukan sebarang aktiviti sehinggalah anda berjumpa dengan doktor dan mendapat rawatan. kebiasaannya doktor akan buat ujian MRI pada lutut untuk sahkan kecederaan. masa ni juga lah kita boleh dapat tau kalau ada kecederaan lain pada lutut kita.

apa yang boleh anda lakukan jika berlakunya ACL:
  • meninggikan kaki melebihi ketinggian jantung
  • letakkan ice di lutut
  • 'Pain reliever' seperti ubat bukan steroid anti-radang (seperti ibuprofen)
anda juga mungkin memerlukan:
  • tongkat sebagai bantuan berjalan sehingga lah sakit dan bengkak berkurangan.
  • fisioterapi untuk membantu memperbaiki pergerakan sendi dan kekuatan kaki
  • pembedahan untuk pembinaan semula ACL (Reconstruction)
ada yang mampu untuk meneruskan hidup seperti biasa dengan ACL yang terkoyak dan mula sembuh dalam beberapa bulan. tetapi, ada yang mengadu lutut mereka tidak stabil dan tak 'memberi kerjasama' ketika melakukan aktiviti fizikal. 

Jika ACL yang terkoyak tidak dirawat, ia boleh menyebabkan kecederaan yang lebih parah.. ligamen tidak akan sembuh semula melainkan ia dibina semula menggunakan tendon atau ligamen untuk menggantikan ligamen yang koyak. Selalunya, ligamen dibawah peha digunakan untuk menggantikannya. Kadar penyembuhan untuk pesakit sembuh dari kecederaan ACL selepas pembedahan adalah lebih dari 90% tanpa mempunyai komplikasi lain.

Jangan!
  • JANGAN cuba untuk menggerakkan lutut jika anda mengalami kecederaan yang serious
  • gunakan anduh (splint) untuk memastikan lutut tetap lurus sehingga la anda berjumpa doktor
  • JANGAN kembali bermain atau melakukan sebarang aktiviti sehinggalah dirawat.
Langkah Keselamatan
gunakan teknik yang betul ketika bermain sukan atau bersenam. pemakaian 'knee braces' ketika aksi lasak adalah sesuatu yang biasa, dan didapati dapat membantu mengurangkan masalah kecederaan lutut.

kalau ini entry untuk promote produk Shaklee, i would suggest Collagen Shaklee untuk bantu pembinaan semula ligamen sebab 99% ligamen terdiri dari collagen yang menyokong kekuatan sendi..but since this entry mainly focusing on ACL, so i'll pass :)

diharapkan entry ni dapat membantu mereka yang nak tahu dan baru dengar tentang ACL..

***********************************************************************
anda berminat dengan vitamin Shaklee
atau berminat untuk bersama-sama kami menjana pendapatan?
PM / Whatsapp untuk info lanjut dan konsultasi percuma akan diberikan ^_^ 

*produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit

setiap pembelian vitamin dari saya anda layak mendapat:
♥ jadual makan vitamin
♥ konsultasi percuma 
♥ peluang menjana income dengan shaklee
♥ jika berdaftar dibawah group biz bimbingan saya, dan ingin mengubah taraf kehidupan diri dan keluarga..Just ask me.. 

KALSIUM, TULANG DAN OSTEOPOROSIS

KALSIUM, TULANG DAN OSTEOPOROSIS

kalsium ialah mineral yang sangat penting dalam hidup kita. selain penting untuk pertumbuhan dan kesihatan tulang, kalsium juga membantu dalam pembekuan darah, saraf yang menghantar mesej dan kontrak antara otot. lebih kurang 99% dari kalsium dalam tubuh kita ada pada tulang dan gigi.. setiap hari kita kehilangan kalsium melalui kulit, kuku, rambut, peluh, air kencing dan bahan kumuhan, tapi, badan kita tak boleh menghasilkan kalsium yang baru.

KALSIUM, TULANG DAN OSTEOPOROSIS
sumber kalsium
ada beberapa benda yang perlu dititik beratkan untuk mendapat jumlah kalsium yang cukup untuk tubuh kita :-
KALSIUM, TULANG DAN OSTEOPOROSIS
Perkara yang membantu meningkatkan kesihatan tulang dan mengekalkan kalsium dalam badan

  • Vitamin D, Vitamin C, Vitamin K & Magnesium - kesemua vitamin ini penting untuk penyerapan kalsium secara optimum
  • Masa - kesan kalsium adalah lebih efektif jika diambil dengan dos yang kecil tetapi berkala sepanjang ahri mengikut keperluan harian seorang dewasa berbanding diambil dengan dos yang banyak sekali sehari.
  • Senaman - aktiviti berat membantu mengekalkan kalsium dalam tulang.
Perkara yang menghalang tubuh dari mendapat kalsium secukupnya
  • Kafein - kafein menyebabkan tubuh kehilangan kalsium dan mengurangkan paras kalsium.
  • Rokok - rokok menyerap kalsiumdan  mengakibatkan tubuh kekurangan kalsium
  • Garam - pengambilan garam yang berlebihan boleh menambahkan jumlah kalsium yang akan terkeluar bersama air kencing
  • Oxalic Acid - oxalic acid membantutkan penyerapan kalsium.
  • Junk Foods - makanan dan minuman seperti soda, alkohol dan makan ringan menyebabkan pengurangan kalsium dan mengganggu proses penyerapan. 

ini lah sebabnya penting untuk kita cari alternatif lain untuk menambahkan kalsium dalam badan..apabila tubuh kita tak dapat kalsium yang mencukupi, kalsium akan ditarik dari tulang..sebab tu la boleh berlakunya Osteoporosis
KALSIUM, TULANG DAN OSTEOPOROSIS
sumber lain kalsium selain susu
KALSIUM, TULANG DAN OSTEOPOROSIS
Berapa banyak Kalsium yang kita perlukan?
jumlah pengambilan kalsium bagi seorang dewasa normal ialah seangak 1,000mg..tapi untuk special cases, jumlah pengambilan adalah berbeza

  • kanak-kanak - 800mg
  • remaja - 1,200mg
  • wanita hamil - 1,200mg
  • wanita yang mengalami tanda-tanda awal menopause - 1,200 - 1,500mg
  • warga emas - 1,200mg
Osteoporosis
Ostoeporosis selalu dikaitkan dengan keadaan tulang yang lemah. ia merupakan satu keadaan di mana berlakunya kemerosotan kepadatan normal tulang yang akhirnya menyebabkan tulang menjadi rapuh. ia menyumbang kepada keadaaan poros tulang dan menjadikan tulang seperti span dan rapuh dari dalam..ini menyebabkan risiko tulang retak atau patah semakin meningkat. tulang yang normal mengandungi protein, kolagen dan kalsium yang menjadikannya kuat.

Secara normalnya, kecederaan ringan sebenarnya tak dapat memberikan impak yang besar terhadap tulang kita. tetapi, apabila tulang mempunyai masalah osteoporosis, tulang lebih mudah retak. keretakan boleh terjadi samada dalam bentuk retak (seperti tulang pinggul yang retak) atau rekaham mampat pada tulang vertebra tulang belakang.. Tulang belakang, pinggul dan pinggang adalah antara tulang yang biasa mengalami keretakan yang turut berkemungkinan berlaku pada tulang rangka lain.

adalah sangat penting untuk kita mendapat kalsium yang mencukupi..tulang kita perlu dijaga dengan rapi supaya dapat kekal aktif melakukan aktiviti harian, dan yang penting cukup sihat untuk beribadat. 


***********************************************************************
anda berminat dengan vitamin Shaklee
atau berminat untuk bersama-sama kami menjana pendapatan?
PM / Whatsapp untuk info lanjut dan konsultasi percuma akan diberikan ^_^ 

*produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit

setiap pembelian vitamin dari saya anda layak mendapat:
♥ jadual makan vitamin
♥ konsultasi percuma 
♥ peluang menjana income dengan shaklee

♥ jika berdaftar dibawah group biz bimbingan saya, dan ingin mengubah taraf kehidupan diri dan keluarga..Just ask me..