yoohoiii....korang pe habaq?cemana weekends korang?memandangkan sya cuti hari jumaat, so weekends yang berlalu agak boring...hari jumaat bawak kereta masuk klinik, sabtu bergolek sepanjang hari sambil study produk shaklee, ahad dah tak larat nak berboring...so kami adik beradik pun bermisi membakar...dan kami decide utk buat lasagna..weehehehe
lasagna memang feberet iollzz...banyak tempat makan lasagna tapi paling suka lasagna kat food court Mid Valley...memang best lasagna dia...tapi bila dah dapat buat sendiri ni....lagi la best...senang je nak buat sebenarnya...meh sya share cara nak buat ek :)
Bahan-bahannya:
- 500ml susu segar
- 500g daging cincang
- 1 tin cendawan butang
- 1 botol/tin sos tomato segera/tomoato chunks (ktorg guna dua2 sekali)
- 1 biji bawang besar
- 4/ ulas bawang putih
- cheese (ktorang pakai cheesedale dgn mozarella)
- 5 sudu butter
- spices (ikut suka korang, tapi ktorang guna Oregano - both serbuk dan daun, dan lada sulah)
- garam
- sekotak kepingan lasagna (this actually depend on size loyang korang)
- lada benggala (kalau suka)
Cara-caranya:
A) Sos daging
- tumis bawang besar dan bawang putih sampai naik bau
- masukkan cendawan, tumis sampai hampir masak. kemudian masukkan daging dan masak sampai warna dia kusam.
- masukkan sos tomato / tomato chunks ke dalam daging dan masak sampai daging empuk
- masukkan lada benggala, garam dan spices.
- boleh tambah cili padi atau sos cili kalau korang suka pedas.
B) White sauce
- cairkan butter dalam periuk atau pan. kemudian masukkan 3 sudu tepung gandum dan kacau hingga tak berketul
- masukkan susu sampai nak mendidih dan masukkan 4 keping cheesedale. kacau sampai sebati dan tutup api.
C) Lasagna
- rendamkan kepingan lasagna sekejap..tapi jangan lama sangat...takut pecah nanti..kepingan akan lembut sendiri bila kita letak sos daging nanti..
- bila lasagna dah lembut sikit susun dalam loyang yang dah disapu butter.
- lapiskan inti lasagna dan white sauce. ulang proses ni sampai habis.. kepingan lasagna - sos daging - white sauce
- akhir sekali tabur cheese kat atas...
- bakar dalam oven dalam suhu 180 untuk 30 - 40 minit (again bergantung kepada saiz loyang korang ye..kalau kecik lagi kejap..yang penting mesti sampai dia turn kekuningan)
- pastu siaapp
tempting gila tengok dalam dia kan..wahaha
lasagna ni sedap kalau korang makan panas-panas...bila sejuk cheese dia jadi muak..tapi krang boleh simpan dalam bekas dan panaskan balik dalam microwave bila nak makan..hehee.senang kan?
selamat mencuba :))
***********************************************************************
anda berminat dengan vitamin Shaklee
atau berminat untuk bersama-sama kami menjana pendapatan?
atau berminat untuk bersama-sama kami menjana pendapatan?
*produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit
setiap pembelian vitamin dari saya anda layak mendapat:
♥ jadual makan vitamin
♥ konsultasi percuma
♥ peluang menjana income dengan shaklee
♥ jika berdaftar dibawah group biz bimbingan saya, dan ingin mengubah taraf kehidupan diri dan keluarga..Just ask me..
2 comments:
kalau mkn kt luar, inilah yg sy cari,suka mkn tp xpndi msk.. TQ sis for de resepi, nk masak jugaklar..jimat2, blh mkn byk2 lg.oppsss..
wahaha...u're welcome..sila cuba dan bagi anak2 ye..sangat puas hati sebab dapat makan banyak kali..ngeee
Post a Comment