10 TIPS MUDAH UNTUK MERAWAT KANAK-KANAK SEMBELIT

10 TIPS MUDAH UNTUK MERAWAT KANAK-KANAK SEMBELIT

10 TIPS MUDAH UNTUK MERAWAT  KANAK-KANAK SEMBELIT
Semakin anak-anak membesar, kehendak anak-anak berubah termasuklah makanan yang mereka nak makan..Sampai satu tahap, anak-anak ni akan mengalami sembelit.. Badan anak-anak anda sebenarnya sedang cuba untuk 'menyesuaikan diri' dengan perubahan tu, cuma perlukan langkah-langkah tambahan untuk pastikan semuanya berfungsi dengan betul. so, masalah yang berkaitan dengan tandas ni sangat biasa dan sembelit salah satu daripadanya. 
10 TIPS MUDAH UNTUK  MERAWAT KANAK-KANAK SEMBELIT
Sembelit merujuk kepada pergerakan usus yang tak normal, yang selalu dikaitkan dengan 'membuang' najis yang keras dan kering.Sembelit tu sendiri bukan la masalah yang serious, tapi perlu diambil kira untuk pastikan sistempencernaan badan kita dan anak-anak sentiasa sihat. So hari sya nak share 9 jenis makanan yang boleh bantu mengatasi masalah sembelit dikalangan kanak-kanak ni.:


1. Buah tin. - samada dimakan kering atau yang segar, buah tin sangat terkenal sebagai pelawas semulajadi.. Apabila diambil dengan segelas susu, buah tin ni akan menggalakkan usus untuk buat laluan yang lebih mudah dan kurang berat. Pastikan korang bagi anak-anak buah tin bersama susu sebelum tidur supaya anak-anak korang tak ada masalah nak 'mengosongkan' usus pagi esoknya. terus bagi pada anak sampailah dah takde sembelit.


2. Aloe vera sangat terkenal kalau melibatkan masalah kulit, terutamanya masalah jerawat, and it turns out aloe vera ni juga sebenarnya boleh bantu untuk masalah penghadaman termasuklah kes sembelit ni. Gel aloe vera ni rupanya ada sedikit sifat 'pelawas' yang boleh menggalakkan pengosongan usus secara semulajadi. Cuma 1 sudu aloe vera yang fresh dari daun dan diambil 2 kali sehari dah mampu tunjukkan hasil yang memberansangkan.



3. Jambu Batu juga sangat kaya dengan Vitamin C yang mampu meningkatkan sistem imun tubuh dan pastikan sistem penghadaman sentiasa berada dalam keadaan yang baik. Kalau selalu bagi anak-anak makan, kalau kota juga yang makan pun, dia boleh bantu untuk hindari  dan rawat masalah sembelit secara semulajadi. kulit dan biji jambu batu kaya dengan fiber yang bantu untuk meransang sistem penghadaman dan perkumuhan yang lebih baik. Beberapa kajian mendapati guava ni boleh meningkatkan penghasilan mukus yang mana menggalakkan peristalsis yang dapat memudahkan proses pembuangan.


 4. Kismis penuh dengan fiber dan tak dapat disangkal sebagai home remedy terbaik untuk masalah sembelit dikalangan kanak-kanak. Segenggam kismis yang direndam semalaman dan diambil sebaik saja bangun dari tidur boleh memastikan pergerakan usus lancar.

 * Tahu tak? kismis bukan baik untuk sembelit dikalangan kanak-kanak je...kismis juga sangat berkesan untuk masalah sembelit dikalangan wanita hamil.
Kismin merupakan pemberi tenaga yang sangat bagus, secara semulajadinya membantu meningkatkan sistem imun dan bantu badan berfungsi dengan baik.


5. Selalunya orang letak air perahan lemon sebagai seasoning salad kan? Jus lemon ni bukan sebagai seasoning je. Sejak dulu lagi, Ayurvedic practitioners guna jus lemon sebagai rawatan untuk masalah sembelit. Dipercayai lemon ni ada tindakan pembersihan semulajadi yang boleh bantu untuk detoks badan dan bersihkan usus kecil . Segelas air suam bersama sedikit perahan lemon dan garam yang diambil diawal hari boleh bantu untuk proses pembuangan bahan buangan dari badan. 



6. Oren sangat ytinggi dengan vitamin C yang dapat meningkatkan sistem imun dan memelihara badan termasuklah sistem penghadaman kita sihat. Tambahan lagi, oren kaya dengan serat yang membantu melembutkan dan memudahkan laluan bahan buangan dan mengelakkan sembelit secara semulajadi. 2 biji oren sehari dapat memberikan kelegaan terhadap sembelit; ianya sangat penting untuk kita makan buah-buahan, bukan hanya minum jus memandangkan serat hadir dalam buah-buahan sahaja.


7. Minyak kastor dah digunakan sebagai home remedy untuk banyak masalah kesihatan termasuklah sembelit sejak berzaman lamanya, dan dipercayai mampu membunuh cacing dalam usus yang selalu menjadi masalah dikalangan kanak-kanak yang sedang membesar. Satu sudu minyak kastor diambil bersama susu suam sebelum tidur boleh bantu redakan sembelit dan menggalakkan usus yang sihat. Jika bahagian punggung anak kemerahan akibat sembelit, boleh juga sapu minyak kastor untuk redakan kepedihan..


8. Bayam bukan saja kaya dengan iron; bayam dipenuhi dengan pelbagai sifat-sifat yang bantu membersih dan membina semula salur pencernaan. Ia juga memastikan bahan buangan dibuang pada masanya. Lebih kurang 100ml jus bayam yang dicampurkan dengan kuantiti air yang sama banyak dan diambil setiap hari boleh membantu walaupun untuk kes sembelit yang snagat degil.



9. Ini mungkin cara paling senang  dan mudah untuk menghilangkan sembelit - meningkatkan pengambilan air. Selalunya berkesan untuk kanak-kanak, yang habiskan hari dorang dengan aktiviti harian dan selalu sangat lupa nak minum air. Lebih kurang 5 - 7  gelas air sehari sangat penting untuk anak-anak yang sedang membesar, terutamanya kanak-kanak yang menghadapi sembelit. 


10. MealShake mengandungi 24 vitamin dan mineral yang penting untuk pertumbuhan anak-anak seperti Calcium, Iron, Vitamin A, Vitamin D dan banyak lagi. Ianya sangat sesuai diberikan pada anak-anak untuk otak dan badan anak menjadi cergas. Mealshake untuk anak-anak bawah 4 tahun, cukup sekadar 3-4 kali semingu, sesudu setiap bancuhan. 




Tips-tips yang sya bg kat atas tadi, bukan yang baru dicipta pun..orang dari zaman dulu-dulu lagi dah amalkan tip-tips ni..Tips-tips ni semua tak ada kesan sampingan ataupun risiko yang boleh mendatangkan kesan buruk pada anak-anak. Tapi apa-apa pun, dapatkan nasihat pengamal perubatan sebelum cuba buat apa-apa sendiri untuk anak-anak.


***********************************************************************
anda berminat dengan vitamin Shaklee
atau berminat untuk bersama-sama kami menjana pendapatan?
PM / Whatsapp untuk info lanjut dan konsultasi percuma akan diberikan ^_^ 

*produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit

setiap pembelian vitamin dari saya anda layak mendapat:
♥ jadual makan vitamin
♥ konsultasi percuma 
♥ peluang menjana income dengan shaklee
♥ jika berdaftar dibawah group biz bimbingan saya, dan ingin mengubah taraf kehidupan diri dan keluarga..Just ask me..

1 comment:

Dr Muhammad Akbar bin Abdullah said...


Info yang menarik mengenai rawatan sembelit. Selain itu, kita juga harus berhati-hati dengan ubat dan vitamin yang kita makan kerana kesan sampingan ubat dan makanan tambahan juga boleh menyebabkan sembelit. Antaranya ialah ubat antacid (untuk rawatan gastrik), ubat yang mengandungi codeine seperti ubat batuk dan vitamin zat besi.