KESAN MEMAKAI TUALA WANITA TERLALU LAMA

elok tak sebenarnya kalau kita pakai tuala wanita sepanjang hari?
percaya tak ada orang yang pakai tuala wanita, pantyliner, tampon sepanjang hari?

penggunaan tuala wanita yang terlalu lama boleh memberi kesan yang buruk kepada vagina dan kawasan sekitarnya. tanpa kita sedar, tanda kemerahan dan gatal-gatal yang kita selalu rasa tu sebenarnya disebabkan oleh tuala wanita yang kita guna. lebih mengejutkan, ruam-ruam tu semua sebenarnya Yeast Infection datangnya dari tuala wanita. ada lagi kesan buruk lain yang datangnya dari tuala wanita yang dipakai terlalu lama:
  • pemakaian tuala wanita melebihi 3 atau 4 jam boleh menyebabkan macam-macam jenis jangkitan. Ada yang kata gel yang ada dalam tuala wanta boleh menyebabkan kanser serviks. tapi kesahihannya tak dapat dipastikan.
  • selain tu, boleh timbul lump di sekitar vagina kalau pakai tuala wanita terlalu lama. lump ni boleh buat kita rasa gatal-gatal atau lebih teruk lagi ada jangkitan lain.
badan kita berada dalam keadaan paling lemah masa haid dan kalau takde langkah yang betul diambil sebagai perlindungan masa ni, ia boleh bagi kesan pada kesihatan kita. satu survey menunjukkan 73% wanita akan rasa gatal-gatal dan sakit atau melecet pada kulit ketika haid. kebanyakan masalah ni berpunca dari penggunaan tuala wanita yang tak telus udara. 

untuk memastikan tiada kebocoran sapanjang tempoh haid, pengilang gunakan lapisan bawah yang tak mudah telap. kebiasaannya lapisan ni dibuat dari plastik, yang tak benarkan sebarang cecair atau udara pass through. dengan cara ni kelembapan dan haba terperangkap kat dalam, membentuk satu ruangan yang sangat sesuai untuk bakteria beranak-pinak. kebanyakan bakteria-bakteria yang boleh menyebabkan penyakit dikalangan wanita ni adalah anaerobe yang bermaksud mereka akan mati dalam tempoh 30 saat atau 1 minit jika terdedah kepada oksigen. this is why it is very important for sanitary pads and pantyliners to allow air flow.


Apa langkah berjaga-jaga yang boleh kita ambil untuk elakkan masalah ni?

  • tak kira la period flow kita banyak ataupun tak, or even no flow at all, bakteria boleh hidup kalau kita tak tukar tuala wanita sepanjang hari. menukar tuala wanita setiap 3 atau 4 jam (tukar lebih kerap kalau banyak) adalah cara yang baik untuk jaga kebersihan dan boleh elak timbulnya bau yang kurang menyenangkan, lebih-lebih lagi kalau kita bersukan atau banyak bergerak.
  • kekerapan menukar tuala wanita juga boleh elakkan dari kebocoran, terutamanya masa heavy flow. kalau tiba-tiba darah keluar lebih banyak dari yang kita jangka, atleast we are already wearing a fresh pad yang boleh serap darah yang terlebih banyak tu. takde la sampai terbocor kan.
  • cuci diri sendiri dengan lebih kerap bila datang bulan. pastikan semua darah berlebihan dicuci dan tiada sebarang bauan.
  • bila tengah haid, vagina kita ada mekanisma mencuci untuk membunuh bakteria. jangan gunakan sabun atau feminine wash. sabun boleh membunuh bakteria baik dan akhirnya menggalakkan jangkitan. air suam pun dah mencukupi untuk cuci kemaluan. jangan guna feminine wash dengan terlalu kerap. cukup sekali sekala atau apabila perlu sahaja. kalau nak guna feminine wash pun guna di bahagian luar vagina. jangan sesekali cuci dibahagian dalam vagina atau vulva!
  • cara yang betul untuk mencuci vagina ialah bermula dari vagina ke anus and not the other way round. kalau salah direction boleh kena Urinary Track Infection (UTI) atau jangkitan lain tau.
  • korang bertanggungjawab sepenuhnya untuk buang tuala wanita dengan betul sebab tuala wanita yang tak dicuci dan dibuang dengan betul boleh spread infections dan tinggalkan bau yang kurang menyenangkan. balut betul-betul dan jangan flush down the toilet. sumbat pulak kang.
  • pastikan korang flush toilet betul-betul kalau guna toilet masa haid. kita hapuskan bukti! hahahaha
  • pad rashes atau ruam dari tuala wanita selalunya dialami masa tengah heavy flow. dia juga boleh jadi kalau pakai tuala wanita terlalu lama. untuk elakkan dari berlaku, pastikan sentiasa kering dan tukar tuala wanita korang tu sekerap mungkin. kalau ada gatal-gatal sapu krim antiseptik untuk kurangkan gatal tu.
  • pilih tuala wanita yang sesuai dengan keperluan, the flow and your sensitivity to the pads. ada yang extra long, wings or no wings, kegunaan malam, jenis cotton dan banyak lagi. pilih yang korang selesa. kalau tengah heavy flow boleh pakai 2 keping untuk elakkan kebocoran. itu kalau susah nak jumpa toilet la. kalau ada better access to washrooms lebih baik tukar selalu.
  • ada mitos kata kita tak boleh cuci rambut masa haid tapi sebenarnya kita kena mandi untuk pastikan badan kita sentiasa bersih dan segar dan boleh kurangkan senggugut atau sakit yang ada.
  • masa tengah haid ni seeloknya pakai pakaian yang longgar dan selesa yang bagi ruang untuk bernafas, dan yang paling penting takde la menjurus kepada kebocoran yang memalukan
  • sentiasa bawa tuala wanita dalam bag. ALWAYS. walaupun masa tu bukan tengah haid pun. tapi kita tak tau apa nak jadi kan. kalau tengah haid seeloknya bawa sekali tisu dan sanitizer untuk kekal bersih. 
ada antara kita yang sentiasa pakai pantyliner sebab ada masalah keputihan yang agak teruk. sama juga macam tuala wanita, kena kerap tukar pantyliner untuk elakkan masalah yang sama berlaku, kelembapan dan haba dari badan boleh ransang pembiakan bakteria. lagi teruk jadi infections pulak nanti. korang tau tak Alfalfa boleh bantu hilangkan masalah keputihan korang? alfalfa ialah sejenis herba semulajadi yang juga bertindak sebagai kacip fatimah. sya sendiri takde masalah keputihan. tapi kawan-kawan yang makan alfalfa ni semua kata keputihan hilang lepas amalkan alfalfa. siapa yang ada masalah keputihan memang sangat bijak kalau pilih alfalfa ni. 
penting untuk kita tukar tuala wanita, pantyliner atau tampon sekerap mungkin, terutamanya kalau heavy flow. kita taknak jadi ruam ke, jangkitan ke. semua ni akhirnya nanti boleh bagi kesan pada kesihatan dan sistem peranakan kita. it is not good. after all, bersih itu kan sebahagian dari iman.  :)


***********************************************************************
anda berminat dengan vitamin Shaklee
atau berminat untuk bersama-sama kami menjana pendapatan?
PM / Whatsapp untuk info lanjut dan konsultasi percuma akan diberikan ^_^ 

*produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit

setiap pembelian vitamin dari saya anda layak mendapat:
♥ jadual makan vitamin
♥ konsultasi percuma 
♥ peluang menjana income dengan shaklee

♥ jika berdaftar dibawah group biz bimbingan saya, dan ingin mengubah taraf kehidupan diri dan keluarga..Just ask me.. 

3 comments:

Lindai said...

Haa..bahaya gak kalau asyik pakai pad pakai buang. pasni leh buat review washable pad pulak :D

Unknown said...

Baru2 ni saya tkna ruam disebbkn pad ni. Waktu mlm pkai pad maxi tp xsgka mlm tu xda kluar darah plk.so keadaan kering ngan berkuap mmbuatkn sya mndapatlaa ruam. 1st time kna. Tips ni sya dpt scra x sengaja tp berkesan utk sy. Sya bli pantiliner lavender cosway yg rsa sejuk je bila pkai. Ada menthol ngan aloe dia punya liner. Very soothing dan ruam mula hilang slps 2 3x pkai. Harga dia sedikit mhal dari liner biasa tp sgt bksan utk meredakn ruam. Itu sja perkongsian saya smoga bermnfaat. 😊

Unknown said...

Salam awk. Awk pkai pantiliner mse dah abis period ke? Sy pon kne ruam lepas pkai pad. Sme mcm kes awk pkai maxi waktu mlm esok nye tgk xde darah pon.