CARA MUDAH MENCUCI SINKI TERSUMBAT

CARA MUDAH MENCUCI SINKI TERSUMBAT

yuuhuu...hari ni nak sya nak share langkah mudah mencuci sinki tersumbat..mak-mak atau mereka yang biasa kerja di dapur mesti biasa dengan keadaan ni kan? sinki tersumbat, air lambat turun..kadang-kadang tu sampai geli nak tengok sebab sisa makanan still floating dalam sinki kan..
gambar ehsan pakcik google ; cari gambo elok sikit..
yang memang tersumbat tu sendiri pun geli nak tengok..hehe

CARA MUDAH MENCUCI SINKI TERSUMBAT
sinki kita boleh tersumbat disebabkan oleh sisa makanan yang melekat atau tersangkut dalam saluran sinki..ada kalanya takde pun sisa makan yang tersumbat. tapi disebabkan lapisan minyak dan lema yang melekat pada dinding paip saluran tu menyebabkan laluan air semakin kecil dan menyukarkan air untuk turun dengan lancar..sya ada tengok satu video pasal ni..tapi dah tak ingat tengok kat mana..nak track balik macam susah pulak..so sya share je dengan korang ye..
so..what you have to do is very easy..kalau ada yang tersangkut, pam dulu kasi clear laluan..kalau dah takde 'objek' besar yang boleh mengganggu perjalanan air aatau sememangnya clear laluan tu, anda boleh cuba cara ni..All u need to have is :
  • cuka
  • baking soda

since sya tak suka bau cuka, sya tambah sikit Basic H - pencuci serbaguna (ha kang ada pulak yang melenting kata bahan pencuci sinki lantai guna kat puting botol susu anak..aiipp..babap kang..hehe..Basic H ni diperbuat dari bahan semulajadi dan tiada bahan kimia yang merbahaya..so, selamat..tapi kalau korang tak yakin dengan Basic H ni [baik tolak terus kalau was-was kan]..boleh guna Dishwash..lebih fokus kepada pinggan mangkuk..tak guna untuk cuci lantai ye..)
ok..cara-caranya : 

  1. mula-mula tuang baking soda dalam lubang sinki tu..banyak pun tak pe..boleh jugak sprinkle sikit kat sekeliling sinki (sya sapu jugak sikit kat batu-batu keliling sinki tu)...biarkan sekejap..
  2. sementara tunggu baking soda blend in dengan kotoran dan bebahan yang ada, masak 2 cawan cuka.. (sya masak air asing, bila dah mendidih baru masukkan cuka banyak-banyak dan basic H..tak mau den kena luku dengan mak sebab cerek bau cuka..wahahaha)..yang penting air kena sangat panas mendidih..

     3. kemudian tuang cuka yang mendidih tadi dalam lubang sinki...dia akan start 
         menghasilkan bebuih...tuang sampai habis cuka tadi dan biarkan campuran tu 
         turun sendiri..kemudian pasang air paling besar dan biarkan air lalu untuk cuci 
         saluran sinki yang dah tertanggal kotorannya..


sementara biar air lalu, boleh la korang gosok-gosok bahagian siki dengan batu keliling tu..kalau memang tak penah cuci sampai naik hitam tu kena la sental sikit guna berus dawai...macam baru sinki korang...sparkling clean gitu..haha...

sila simpan baking soda kat rumah ye..korang yang suka baking tu i believe memang akan ada stock kat rumah kan? yang takde tu sila beli dan simpan ye..sangat banyak kegunaannya...kalau ada kesempatan nanti maybe sya boleh share sikit apa lagi kegunaan lain baking soda  ni..sya suka brand Arm & Hammer ni..segala video omputih  yang melibatkan baking soda mesti dorang guna brand ni..ingatkan takde kat Malaysia...tapi hari tu pegi Tesco (padahal taksuka tesco..semedang takde barang) nak cari barang buat cheese cake, nampak brand ni..hape lagi...terus la sambar..wahaha..tak mahal pun..cant really remember..RM4.95 ke RM6.95..lebih kurang macam tu la..tapi yang penting tak sampai RM10 kalau kotak kecik..

ok..sampai sampai sini dulu hari ni..iollzz pening kepala..hehe..byeee... Assalamualaikum..

***********************************************************************
anda berminat dengan vitamin Shaklee
atau berminat untuk bersama-sama kami menjana pendapatan?
PM / Whatsapp untuk info lanjut dan konsultasi percuma akan diberikan ^_^ 

*produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit

setiap pembelian vitamin dari saya anda layak mendapat:
♥ jadual makan vitamin
♥ konsultasi percuma 
♥ peluang menjana income dengan shaklee
♥ jika berdaftar dibawah group biz bimbingan saya, dan ingin mengubah taraf kehidupan diri dan keluarga..Just ask me..

8 comments:

suria lekatlekit said...

boleh try

Unknown said...

mesti try... :)

Puteri Kenari said...

sejak pindah ke rumah baru ni, sinki memang dah tersumbat.dah try dengan baking soda tapi tak jalan.Nanti saya cuba cara ni pulak.nice sharing.

Unknown said...

mungkin kena masak banyak sikit cuka..bagi lebih banyak minyak n lemak tertanggal dari saluran..

Unknown said...

Petua memang terbaik.

Unknown said...

Saya takda cuka dekat rumah, saya gantikan dengan lemon. Alhamdulillah. It work!

Apai said...

Sy pon ade mslh sama..singki rumah tersumbat tahap kritikal, lagi dahsyat oo.. sy da gabungkan semua petua Encik google.. sgt3 memuaskan dan menjadi.. antara bahan yg sy guna:

1.air panas
2.garam kasar/halus 3 atau 4 pack (saya campur je)
3.cuka buatan
4.baking soda(pasaraya/kedai kek)
5.clorox
6.pelocok (pam singki sumbat)

Sy gabung semua sekali hari ketujuh(7) baru npk hasil. Bersyukur sgt. so, xyah pangil plumber dan xyah beli clog removal. Membazir je kan.. (jimat kos upah + tukar saliran paip baru)..

lepas guna singki rajin2 la siram air panas.. sisa makanan, minyak masak, rambut elak dari termasuk singki. Share Sbb ati tgh gembira masalah selesai. Bila rasa gembira tepuk tangan. Alhamdulillah....

Unknown said...

Dah cuba dan alhamdulillah kejap je menjadi... air dah turun dgn lancar. Trima ksh krn berkongsi tips ni