CARA MENGENALPASTI KOSMETIK TIRUAN!

mesti korang ada beli kosmetik tiruankan. kan kan..or atleast ada teringin nak beli..ahaha. ok i admit it. sya pernah la juga beli eyeshadow yang fake. fikir nak yang murah je masa tu. tapi nasib baik la memang bukan jenis bermakeup sangat. takde la pakai. dia expired pun macam tak kisah sangat. ehehehe.
CARA MENGENALPASTI KOSMETIK TIRUAN!
syarikat pengeluar barangan kosmetik, produk kecantikan, produk penjagaan kulit dan produk kesihatan yang tulen habis duit beeeerjuta berbilion untuk pasarkan jenama dorang, untuk research dan juga product development. tapi ada pihak yang tak bertanggungjawab keluarkan fake products. sya sebenarnya sangat risaukan 'kemunculan' pelbagai jenis produk yang ada dipasaran. entah dari mana asal, apa bahan yang digunakan, dari mana sumber, dapat kelulusan ke tak. yes you ada kelulusan dari KKM. tapi persoalannya. kelulusan tu untuk sample KKM SAHAJA ataupun kesemua produk yang you dah pasarkan? sya cabar syarikat-syarikat pengeluar kosmetik, supplement, barangan kecantikan, kesihatan ni untuk tunjukkan LANDMARK STUDIES untuk buktikan produk korang betul-betul selamat. sellers. you are not only dealing with money alone! but with your buyers' health, self esteem and well being as well.  ðŸ˜Ÿ

Kesan buruk produk tiruan
sebelum kita tau macam mana nak tengok produk tu tiruan ke asli, jom kita tengok dulu apa jadi kalau kita guna produk tiruan.

7. Plumbum
sesetengah produk kosmetik palsu mengandungi sehingga 19 kali ganda dari kandungan plumbum yang dibenarkan. Plumbum boleh terkumpul dalam badan manusia sehingga berbulan-bulan lamanya yang akhirnya boleh menyebabkan keracunan. untuk orang dewasa, keracunan plumbum boleh menyebabkan hilang ingatan, sakit sendi dan otot, dan juga sakit kepala. bagi wanita hamil pula, risiko keguguran atau kelahiran pra-matang adalah tinggi kalau terdedah kepada terlalu banyak plumbum. ada kosmetik yang bebas plumbum, tapi kena la pandai pilih ye.

6. Alahan dan ruam kuit
masa orang-orang jahat tu buat campuran untuk jadikan makeup, dorang tak kisah pun apa yang masuk. yang penting nampak macam real. diorang bukan pakar kimia yang duduk dalam lab untuk buat semua tu. diorang ni 'street educated' people yang hanya nampak cara nak buat duit. dan apa yang korang dapat ialah alahan dan ruam-ruam dan yang paling teruk parut seumur hidup dari allergic reaction tu.

5. Bakteria
produk-produk palsu tidak dibuat dibawah kawalan dan standard yang sama dengan yang asli. kalau krim-krim yang ada kat Malaysia ni selalunya timbang kilo. lepas tu masuk dalam bekas yang serupa. rebrand je buat jenama sendiri. buat kat mana? apa keadaan tempat dia dibuat? bersih ke? mengikut SOP tak?nobody knows. bakteria bukan ada kat bilik tempat krim tu dibuat je, tapi dari segala sudut. bekas yang terdedah, tangan yang tak dicuci, pekerja tak pakai glove, haiwan, seranggan dan banyak lagi.
CARA MENGENALPASTI KOSMETIK TIRUAN!

4. Arsenik
ada pengkaji yang beli few fake makeups dari ebay untuk ujian. bila diorang uji, dorang jumpa arsenik dalam produk-produk ni, Benefit Eye Bright pencil, Bare Minerals Mineral Veil Foundation powder, Bad Gal Lash Mascara (sya ada satu fake Bad Gal eyeliner la 😱), semua ni ada arsenik. arsenik tu apa? Arsenik tu ialah satu elemen toksik yang boleh menyebabkan sakit perut dan lebih dasyat kematian.

3. Jangkitan mata
ada banyak laporan yang mengatakan pengguna hanya tahu makeup mata tu palsu lepas dah guna dan mata jadi sakit lepas apply eye makeup tu. ada 1 kes, pembeli ni beli Urban Decay Eye Shadow yang palsu. beberapa minit lepas pakai eye shadow tu kelopak mata dia mula membengkak dan penglihatan dia jadi kabur. katanya dia sedar palsu bila mula buka eye shadow tu. kalau korang dah suspect produk tu palsu, tolong la berhenti guna.atau test kat kulit. Please.
CARA MENGENALPASTI KOSMETIK TIRUAN!

2. Merkuri
haaa. kes ni paling banyak kat Malaysia kan. setiap perempuan yang ada guna kosmetik ataupun skincare products mesti akan tau kes-kes merkuri ni kan. ada banyak sangat. you can look up kat website KKM senarai produk yang ada kandungan merkuri. Merkuri yang dijumpai dalam kerak bumi sangat toksik dan boleh merosakkan jantung, buah pinggang, sistem imun, paru-paru dan otak. ia juga boleh menyebabkan ruam-ruam, lemah otot, sakit kepala dan insomnia. merkuri yang terdapat dalam eye makeup juga boleh merosakkan penglihatan.

1. Kulit Terbakar
bla kita pakai produk yang mengandungi plumbum, merkuri, cyanide, arsenic dan bahan merbahaya lain, kulit kita akan senang untuk kena alahan. kalau korang rajin follow twt_kecantikan kat twitter, korang boleh tengok ada banyak testimoni pengguna local product pasal kulit yang dah rosak, kulit jadi nipis, panas macam terbakar, kulit mengelupas, merah-merah.

Bagaimana mengenalpasti produk tiruan?
wahai pembaca kesayangan, sebelum start nak beli sebarang produk tu kita cek dulu semua ni tau.

1. Perkataan pada bungkusan:
untuk sesuatu jenama, font pun penting tau. dia akan sama je. size, kedudukan, warna, kepekatan ink, jarak antara huruf. tengok senget tak tulisan? ataupun tak centre? kena tengok semua tu.
CARA MENGENALPASTI KOSMETIK TIRUAN!

2. Bungkusan nampak lama dan buruk:
syarikat kosmetik, supplement, produk penjagaan kulit, produk kesihatan, produk kecantikan, kebiasaannya akan laburkan sejumlah wang yang banyak bila dorang launch sesuatu yang baru dan selalunya jarang nak jumpa season lepas punya. biasakan diri dengan brand season lepas. KNOW YOUR BRAND! perbezaannya boleh jadi saaaaaangat kecil. kena alert!

3. Murah:
harga produk tiruan selalunya lebih murah atau drastically lower. harga asal beratus sekali beli online RM25......hmmmmm...tak pelik ke? korang maybe happy dapat jimat duit beli barang murah, tapi kesanya nanti? hospital bill murah? kos nak ulang alik jumpa doktor tu murah?barang-barang tiruan ni jauh lebih murah sebab dorang guna low-grade ingredient dan kebanyakannya merbahaya. dah baca atas tadi kan? dorang boleh jual murah sebab dorang sendiri tak keluarkan modal yang banyak untuk proper lab research, dan untuk test. dorang nak duit korang je. peduli apa dorang korang terbakar ke? berparut seumur hidup ke. and frankly speaking, they dont even care! 
sya taktau sangat pasal produk dari company lain, tapi sya nak bagi contoh Shaklee sebab Shaklee paling dekat dengan sya kan. Shaklee laburkan berbilion USD, beribu test setiap tahun bagi setiap produk untuk pastikan betul-betul selamat untuk digunakan dan pasti berkesan. again, they did it because they care.
kalau nampak RM136 RM50 pun, you still kena hati-hati unless sign discount tu dari official website product tu sendiri.

4. Bau dan tekstur:
untuk kosmetik, consistency dan tekstur produk tu sendiri macam tak kena. untuk bauan pula, bau seakan-akan sama dengan original, tapi still ada beza sikit. plus, baunya tak tahan lama. dan kadang-kadang ada bau ammonia juga. kalau yang kena test dulu baru tau tekstur tu semua , please please please wipe, wash, get rid off  ke buat la apa-apa kat tempat yang korang dah test tu cepat-cepat. bau pelik? jangan try!

5. Singapore Authentic / Dubai Authentic, Inspired:
there are no such things as Singapore Authentic ataupun Dubai Authentic. kalau ada produk yang ada label macam tu, its fake. Period.
Inspired products are not original ye anak-anak. sila berhati-hati.

dah panjang lebar bebel pasal fake product ni, sya cuma nak pesan sila la hati-hati. kena alert, kena cek selalu. kalau tak cukup budget nak beli kat Sephora ke atau high end labels tu, beli kat drugstore. Watson, Guardian, pharmacies, they are good as well. yang penting kena tau mana yang sesuai dengan kulit kita, badan kita. kalau jenama mahal tapi tak sesuai dengan kulit pun tak boleh juga kan. kat pasar malam, uptown, downtown, pasar tani, padang besar (hahahaha tetiba masuk sekali) tolong tolong tolong jangan beli. buatan mana pun product tu, sila berhati-hati ye.

kalau ada la penjual yang baca entry ni, takmo la fikir keuntungan je. kesian kat orang juga ye. dia tolong awak tambah pendapatan, tapi awak rosakkan kulit dia, badan dia pula. tak adil kan. kesian dia.
penat dah 12 jam buat entry ni. sakit pinggang oiiii. nak Osteomatrix pleeeeaase

***********************************************************************
anda berminat dengan vitamin Shaklee
atau berminat untuk bersama-sama kami menjana pendapatan?
PM / Whatsapp untuk info lanjut dan konsultasi percuma akan diberikan ^_^ 

*produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit

setiap pembelian vitamin dari saya anda layak mendapat:
♥ jadual makan vitamin
♥ konsultasi percuma 
♥ peluang menjana income dengan shaklee

♥ jika berdaftar dibawah group biz bimbingan saya, dan ingin mengubah taraf kehidupan diri dan keluarga..Just ask me.. 

No comments: