17 PERKARA YANG BOLEH MENGGANGGU KESUBURAN!!! [PART 1]

kita tahu untuk menghasilkan seorang bayi yang sihat adalah sangat penting ibu dan bapanya sihat..tapi realitinya kadang-kadang lebih susah untuk berjaya hamil walaupun prosesnya dilakukan pada masa yang betul, dengan orang yang betul, dan dengan tahap kesihatan yang sangat memuaskan..dan sebenarnya lebih banyak perkara yang boleh menjejaskan tahap kesuburan kita dari apa yang kita selalu fikir..
so...kalau nak mengandung, ianya sangat penting untuk kita tahu bahawasanya perubahan cara hidup mungkin boleh membantu...

Ready to boost your baby-making potentials?jom tengok apa 17 perkara yang boleh menggang-gugat tahap kesuburan anda..lets goo...

1. Lampu malam tiruan


rasanya semua orang tahu, tenung skrin smartphone atau tablet waktu malam tu tak elok, tapi habit ni bukan sahaja mampu mengganggu kitaran tidur kita. Berdasarkan satu kajian yang disiarkan dalam journal Fertility and Sterility, lampu malam tiruan ni boleh membahayakan kemampuan anda untuk hamil dan juga perkembangan janin jika anda sedang hamil.apabila terdedah dengan cahaya di tengah malam, penghasilan melatonin "hormon tidur" boleh terganggu. melatonin juga dihasilkan di saluran peranakan dan menghalang telur dari menghapukan radikal bebas, terutamanya sewaktu ovulasi. penghasilan hormon melatoni yang tidak mencukupi juga boleh mengganggu perkembangan janin, yang mana boleh menyebabkan masalah jangka panjang.

2. Makanan Ringan


jika anda tidak mengamalkan pemakanan yang berkhasiat (lemak tak tepu, zinc, vitamin D dan B6), anda sebenarnya sedang mengganggu kitaran hormon pembiakan dalam tubuh anda seperti progesterone, insulin, dan testosterone. Amalkan pemakanan yang seimbang untuk boost baby-making potential dalam tubuh anda. PLUS pastikan anda makan sarapan yang berkhasiat, kerana menurut kajian yang disiarkan dalam Clinical Science, mengatakan bahawa memakan separuh dari jumlah kalori harian anda diwaktu pagi mampu meningkatkan thap kesuburan.

3. Kolestrol anda DAN pasangan


kolestrol yang tinggi bukan sahaja membahayakan jantung, ia juga boleh memberi impak yang negatif terhadap kebolehan untuk hamil. paras kolesterol yang tinggi dikalangan wanita dikatakan menyebabkan masa yang diambil untuk hamil lebih panjang. TAPI; apabila kedua-dua suami DAN isteri mempunyai paras kolestrol yang tinggi, ianya lebih sukar untuk hamil berbanding pasangan yang mempunyai paras kolestrol yang rendah. jadi, jika anda dan pasangan sangat mengharapkan kehadiran penyeri dalam rumah tangga, pastikan anda dan suami periksa paras kolestrol.

4. Stress

jika anda sukar untuk hamil, luangkan masa sehari di spa atau kelas yoga..satu kajian yang disiarkan dalam journal Human Reproduction mendapati paras stress yang tinggi boleh menyebabkan ketidaksuburan. para pengkaji mendapati wanita yang mempunyai paras alpha-amylase (hormon stress yang berkaitrapat dengan sympathetic nerve system) yang tinggi mempunyai 29% peluang yang lebih rendah untuk hamil dan dua kali lebih berisiko untuk suburberbanding wanita yang mempunyai kadar alpha-amylase yang lebih rendah.

5. Bau Mulut
barisan mutiara putih disebalik bibir ni mempunyai lebih banyak kelebihan, lebih dari sekadar penghias muka majalah. satu kajian dalam Journal of Periodontology mendapati wanita yang memerlukan rawatan kesuburan mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk gusi berdarah dan luka berbanding mereka yang berjaya hamil secara normal. "beberapa kajian menunjukkan bahawa wanita yang mempunyai masalah kesihatan mulut boleh berkaitrapat dengan kejayaan peranakannya" kata Susan Karabin, D.D.S., jurucakap American Academy of Periodontology. Jadi, pastikan sentiasa berus, floss dan jalani pemeriksaan setiap 6 bulan.

6. Merokok

diharapkan dengan meningkatnya risiko kanser paru-paru dan payudara boleh membuatkan anda berhenti dari mengamalkan habit yang tidak sihat ini.Jika tidak mungkin ini boleh : The American Society for Reproductive Medicine (ASRM) menganggarkan bahawa merokok menyebabkan 13% kes ketidaksuburan. tambahan lagi,  dalam satu kajian  Tobacco Control menunjukkan wanita  yang terdedah kepada 'secondhand smoke' 6 atau lebih jam sehari adalah 36% lebih cenderung untuk mempunyai masalah untuk hamil. tapi jangan risau, tahap kesuburan boleh kembali normal dalam masa setahun, so jika anda sedang berusaha untuk hamil (atau mahukan hidup yang lebih sihat dan panjang), cut out the cigarettes and tell your friends and family to do the same.

7. Berat Badan
kalau la anda memerlukan sebab lain untuk ke gym: "Mempunyai berat badan yang berlebihan menjadi isu yang sangat besar jika anda sedang berusaha untuk hamil" menurut ob-gyn Mary Jane Minkin, M.D., profesor klinikal di Yale School of Medicine. Ini kerana berat yang tidak sihat boleh mengganggu kitaran haid dan ovulasi. ASRM menganggarkan 12% dari kes ketidaksuburan berpunca dari isu berkaitan berat badan. tetapi, jika terlalu ringan juga boleh mendatangkan bahaya. "Jika BMI anda kurang dari 18 atau 19, boleh menyebabkan kurangnya ovulasi dalam sesetengah kes yang mana boleh menjejaskan kesuburan." kata ob-gyn Alyssa Dweck, M.D., penulis bersama V is for Vagina. mungkin anda boleh ambil sebab ini sebagai peringatan bahawa amazig benefits of maintaining a healthy weight that have nothing to do with how you look ..

No comments: