17 PERKARA YANG BOLEH MENGGANGGU KESUBURAN!!! [PART 2]

8. Ketidakseimbangan Hormon
seperti yang kita tahu, tiroid merupakan kunci kepada kitaran metabolisma, tapi ia juga boleh mengganggu dalam proses untuk hamil. Tiroid yang tidak normal boleh menyebabkan kemandulan kerana perubahan hormon (samada hyper atau hipotiroid) boleh mengganggu ovulasi. 

9. Ubat-ubatan
Menurut Minkin,ada sesetengah ubat-ubatan terutamanya yang sesetengah antidepressant dan penstabil mood boleh menjejaskan kebolehan untuk mengandung dan menggalakkan tubih anda menghasilkan lebih banyak prolactin, sejenis hormon yang mengganggu ovulasi. Jika anda bercadang untuk hamil, dapatkan nasihat doktor tentang ubat apa yang selamat atau tidak, yang mana boleh menjejaskan keupayaan anda untuk mengandung dan apa yang sedang anda ambil. Dengan cara ini anda dapat mengenalpasti alternative lain yang tidak akan menjejaskan proses kehamilan anda.

10. Umur
Biological clock. bila dengar je tentang biological clock, ia boleh membuatkan kita tak senang duduk. Ada ramai wanita yang merancang dan menangguhkan kehamilan sehingga mereka bersedia -samada kerana kerjaya, status hubungan, atau sengaja ingin menangguhkan kehamilan - ianya sangat penting untuk kita tahu bahawa kesuburan tak kekal selamanya..tahap kesuburan untuk wanita secara semulajadinya mula menurun selepas umur 32 tahun. lebih ketara selepas 35 dan lebih-lebih lagi selepas 40.

11. Menyusukan bayi
ada yang mengatakan bahawa menyusukan bayi boleh menyebabkan kita tak boleh mengandung adalah sama sekali salah.tapi agak sukar kerana jika mahu hamil ketika menyusukan bayi, ia boleh menjejaskan kesuburan. Rembesan prolactin, hormon yang menghasilkan susu, yang tinggi boleh menganggu ovulasi.

12. Mukus Serviks
cairan yang dirembeskan olek serviks adalah penting dalam proses penghasilan bayi memandangkan ia membantu melindungi sperma sepanjang perjalanannya melalui saluran peranakan wanita. Mukus serviks yang tidak normal dan terlalu pekat boleh menyebabkan tidak subur. Tapi jangan risau, keadaan ini boleh pulih dengan rawatan yang betul. Antara sebab lain juga ialah dengan berhenti merokok; bagi wanita, tobacco mengubah keadaan mukus serviks yang mana menyukarkan sperma untuk sampai ke telur. 

13. Pelincir
pelincir memang boleh menyebabkan proses senggama lebih menyeronokkan, tapi sesetengah pelincir boleh mengubah keadaan. sesetengah pelincir sebenarnya mampu mengubah tahap kesuburan dan menjejaskan sperma. jika anda mengalami masalah untuk hamil, dan terasa kering selepas melakukan hubungan, anda mungkin boleh cuba pelincir 'sperm-friendly' yang ada di farmasi.

14.  fibroid
uterine polyps atau fibroid adalah lebihan tisu endometrial yang kecil, bujur atau bulat yang melekat pada dinding uterus, dan uterine fibroids adalah serupa tetapi terdiri daripada tisu otot. Pertumbuhan tisu ini boleh menyebabkan ketidaksuburan. Tapi Alhamdulillah fibroid ini boleh dibuang melalui pembedahan.

15.   Kekurangan Asid Folik
Jika ada satu vitamin yang wajib kita ambil jika sedang berusaha untuk hamil, ianya tak lain tak bukan Asid Folik. Tubuh kita menggunakan vitamin B-kompleks untuk menghasilkan sel darah merah dan ia sangat penting untuk ibu-ibu yang sedang menunggu hari untuk bersalin. ibu-ibu disarankan untuk mengambil 400microgram asid folik setiap hari. cara paling mudah dan boleh dipercayai ialah dengan pengambilan suplimen folik asid harian (kebanyakannya mengandungi 400 mikrogram)

16. Phthalates
Phthalates merupakan satu kumpulan bahan sintetik yang biasa digunakan dalam plastik dan bahan kosmetik. Berdasarkan satu kajian, kandungan phtalates boleh menjejaskan kebolehan untuk mengandung. Kajian sebelumnya juga telah membuktikan pendedahan terhadap phtalates boleh menjejaskan tahap kesuburan lelaki. dan wanita yang banyak terdedah dengan phtalates ini adalah dua kali lebih berisiko untuk mengalami 'implantation failure'.

17. Masalah kesihatan yang kronik
ada beberapa isu kesihatan seperti endometriosis dan diabetes, boleh memberikan impak terhadap keupayaan untuk hamil.

No comments: