[DAY 3] CABARAN 30 HARI BLOGGING ~ RESEPI

Assalamualaikum ~~
untuk hari ke 3 cabaran 30 hari blogging ni sy nak share satu resepi cookies yang sedap dan senang nak buat

RESEPI MUDAH
Thumbprint cookies

maaf presentation kurang menarik..
tapi rasa dia sedap tau..satu xcukup nii

bahan-bahannya senang je

  • 1 1/2 cawan unsalted butter, softened
  • 1 cawan gula
  • 1 tbs esen vanila
  • 3 1/2 cawan tepung serbaguna (as usual..iollzz suka guna tepung gandum je)
  • 1/2 tbs garam
  • jem (apa2 flavour jem yang korang suka)
macam mana nak buat?
ni lagi senang
  1. panaskan oven sehingga 350 darjah, dalam satu mangkuk besar, creamkan butter dan gula dan gaulkan dengan esen vanila, dalam mangkuk bersize sederhana pulak campurkan tepung dan garam. Gabungkan campuran tepung dan butter sampai doh jadi rapuh tapi cukup kuat bila kita picit (paham kan?)
  2. kemudian, ambil doh bersize walnut kat sebelah tgn, dan kneed pelan2 3 kali..buatkan jadi macam bola dan letakkan atas ungreased cookie sheet. dengan menggunakan ibu jari atau knuckls, tekan bahagian tengah doh tadi dan isikan dengan 1/2 sudu jem atau jelly.
  3. bakar dalam 10 hingga 15 minit
tadaa..dah siaaapp....senang kan? hahaa...adunan ni boleh hasilkan sehingga 6 dozen cookies..
jangan lupa cuba tau...boleh buat minum petang, jajan masa tengok bola ataupun boleh jadi hidangan kat candy bar kenduri korang...

selamat mencuba ^_^

No comments: