SUSU IBU ATAU SUSU FORMULA??

Penyusuan susu ibu telah dipraktikkan sejak zaman jahiliah lagi dan Rasulullah S.A.W sendiri telah disusukan oleh Halimah al-Saadiah..setiap ibu yang mengandung dan melahirkan anak mereka pasti menginginkan anak-anak mereka mendapat susu yang terbaik yang dapat memberikan nutrien dan gizi yang mencukupi...dan setiap dari kita tahu, susu yang paling baik ialah susu ibu itu sendiri..
sumber gambar dari google.com

apabila ibu menyusukan bayi mereka, bukan sahaja susu ibu dapat memberikan nutrien yang bayi perlukan, hubungan ibu dan anak juga akan menjadi sangat rapat dek kerana masa yang dihabiskan bersama...susu ibu merupakan makanan, kasih sayang dan perlindungan untuk bayi dan penyusuan susu ibu juga dapat memenuhi keperluan bayi.

susu ibu dilihat sebagai makanan awal bayi yang mempunyai nilai gizi yang cukup baik berbanding susu dari haiwan lain ataupun susu formula dan susu ibu mudah dicernakan dengan baik..susu ibu telah terbukti mempunyai berganda-ganda kebaikan jika dibandingkan dengan susu formula..para ibu amat lah disarankan untuk menyusukan bayi dengan susu ibu sejak dari awal kelahiran sehingga umurnya menjangkau sekurang-kurangnya 6 bulan..dan seeloknya anak-anak disusukan sehingga umur mereka 2 tahun..

kebanyakan ibu-ibu berkerjaya atau ibu -ibu yang tidak dapat / tidak mahu menyusukan bayi, mereka mungkin lebih cenderung untuk memberikan susu formula..


jika dilihat dari carta perbezaan antara susu ibu dan susu formula diatas, jelas sekali susu formula kekurangan banyak sokongan yang boleh menjadikannya cukup kuat untuk memberikan bayi gizi seimbang.
susu formula mungkin lebih menyenangkan tetapi lebih banyak wang ringgit dilaburkan, dan bayi lebih mudah dijangkiti penyakit dan lebih cenderung menjadi obese apabila mereka membesar.

6 sebab mengapa menyusukan bayi dengan susu ibu adalah sangat digalakkan:
  1. bayi yang disusukan dengan susu ibu lebih sihat berbanding bayi yang disusukan dengan susu formula
  2. menyusukan bayi dengan susu ibu adalah lebih menjimatkan..sekali pembelian pam susu adalah lebih murah berbanding susu formula..bayi yang disusukan dengan susu ibu juga tak banyak mengekuarkan duit..ini kerana kurang lawatan ke hospital atau klinik kerana agak sukar untuk dierang sakit yang serius.
  3. menyusukan bayi dengan susu ibu memberikan perlindungan terhadap alahan atau allergi
  4. pumping, tak membazirkan susu dan ibu masih akan rasa dekat dengan bayi walaupun berjauhan
  5. disebabkan hanya ibu yang boleh menyusukan bayinya, tiada siapa, baik pengasuh, atau sesiapa sahaja tidak dapat menggantikan tempat seorang ibu
  6. ibu akan anticipate masa untuk bersama dengan bayi dan menyusukan bayi..ini dapat menguatkan lagi ikatan kasih sayang antara ibu dan anak.

susu ibu adalah anugerah Allah yang tidak ternilai yang sentiasa berubah kandungannya mengikut kehendak..susu ibu tidak mempunyai piawaian yang sama seperti susu formula dimana kandungannya boleh ditetapkan manusia.
bagi memastikan susu ibu kekal produktif, ibu perlu menyusukan bayi dengan susu ibu sahaja tanpa makanan lain sehingga umur bayi 6 bulan..ibu juga digalakkan makan makanan yang sihat yang boleh membantu memperbanyakkan susu seperti lobak putih, sawi, halba dan minuman bermalt..ibu juga boleh mengambil VITAMIN UNTUK PENYUSUAN sebagai usaha lain untuk membantu memperbanyakkan susu.

apa-apa pun, samada susu ibu atau susu formula..itu pilihaan ibu-ibu sendiri..semestinya setiap ibu tahu apa yang terbaik untuk si manja mereka :)


anda berminat dengan vitamin Shaklee
atau berminat untuk bersama-sama kami menjana pendapatan?
PM / Whatsapp untuk info lanjut dan konsultasi percuma akan diberikan ^_^ 
Shaklee Independent Distributor
PM/Whatsapp/email :  0163241452
Contact: syaz
Email: syazwani2615@gmail.com
Fbpage : Beauty Vitamin"s Cottage
COD : Bukit Beruntung, Bukit Sentosa, Kelana Jaya, Petaling Jaya
Delivery : Seluruh Malaysia, sabah & Sarawak 

*produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit

No comments: