APAKAH ITU STD?

Sexually Transmitted Disease (STD) yang juga dikenali sebagai Sexually Transmitted Infections (STI) atau Venereal Disease (VD) adalah sejenis penyakit yang  berlaku melalui perpindahan virus ketika berlakunya hubungan seksual samada secara persetubuhan langsung, oral sex ataupun anal sex.
Antara penyakit yang sering dikaitkan dengan STD ialah
  • AIDS
  • herpes
  • HPV (Human Pappiloma Virus, ulser pada alat kelamin seperti chancroid (menyakitkan) dan sifilis (tidak menyakitkan)
  • ketumbuhan kecil pada alat kelamin
  • gonorrhoea, non-gonococcal, 
  • urethritis
  • vaginitis.
Simptom-simptom :
  • pendarahan pada alat kelamin
  • kegatalan atau rasa sakit
  • penis membengkak
  • ruam-ruam
  • rasa sakit ketika membuang air kecil
dapatkan nasihat doktor jika anda dapati ada simptom-simptom ini atau menghidap STD..hanya seorang doktor yang dapat mengesahkan dan merawatnya. Jangan cuba untuk merawatnya sendiri.

Bagaimana STD merebak?
Ada sesetengah STD dapat berpindah melalui perkongsian jarum yang digunakan keatas orang yang dijangkiti, melalui penyusuan bayi dan juga melahirkan bayi.

satu sebab mengapa STD mudah merebak kerana adalah ramai menyangka STD hanya akan merebak jika berlakunya hubungan seksual secara langsung..itu sebenarnya salah..seseorang itu boleh dijangkiti STD seperti herpes, jika terdapat sentuhan secara langsung antara kulit dengan kawasan yang terkena jangkitan.
satu lagi mitos tentang STD ialah ia tidak dapat merebak melalui seks oral dan seks anal. Mitos ini juga tidak benar kerana virus atau bakteria yang menyebabkan STD boleh masuk kedalam badan melalui luka-luka kecil dalam mulut, anus dan juga kemaluan.

STD juga mudah merebak kerana kita tak dapat membezakan seseorang yang terkena jangkitan. Malahan, kadangkala orang yang terkena jangkitan itu sendiri tidak menyedarinya. Mereka ini merbahaya kerana dapat menyearkan jangkitan kepada pasangan seks tanpa mengetahuinya.

perkara yang boleh meningkatkan peluang untuk seseorang itu dijangkiti STD ialah:
  • Akiviti Seksual diusia muda - semakin awal seseorang itu melakukan hubungna seks, lenih besar peluang untuk dia dijangkiti STD
  • Ramai pasangan seks - Mereka yang mengadakan hubungan seksual (bukan hanya hubungan kelamin, tetapi sebarang bentuk hubungan intim) dengan pasangan yang berbeza lebih berisiko berbanding mereka yang berhubungan dengan hanya seorang pasangan.
  • Seks tanpa perlindungan - Kondom adalah satu-satunya bentuk perlindungan untuk mengawal kehamilan yang dapat merendahkan risiko dijangkiti STD, dan harus digunakan setiap masa. Spermicides, diaphragms dan cara lain untuk mengawal kelahiran hanya dapat menghalang kehamilan, tetapi tidak STD.

Pencegahan
ada beberapa cara yang boleh dilakukan untuk mengurangkan risiko jangkitan STD:
  • menjauhkan diri dari sex
  • kekal dengan hanya seorang pasangan yang tidak dijangkiti
  • tunggu dan pastikan - elakkan sebarang hubungna intim sehinggalah kedua-dua anda dan pasangan telah selesai membuat ujian HIV
  • Vaksin - dapatkan suntikan vaksin lebih awal. sebelum diberi pendedahan tentang seks, adalah lebih efektif dalam pencegahan STD
  • gunakan kondom - gunakan kondom yang baru setiap kali ingin mengadakan hubungan intim.
walau apa pun langkah yang perlu diambil bagi membanteras gejala jangkitan STD yang semakin menular ini, segalanya terletak ditangan setiap individu.. Islam sendiri mengharamkan sebarang bentuk hubungan intim sebelum perkahwinan. Nabi Muhammad SAW bersabda: "Wahai anak-anak muda, berkahwinlah. Sesiapa yang mampu berkahwinlah kerana ia lebih memelihara mata dan menjaga faraj. Sesiapa yang tidak mampu berkahwin hendaklah dia berpuasa kerana puasa adalah penahan (dari gelojak nafsu)" (riwayat Bukhari)

************************************************************************************
anda berminat dengan vitamin Shaklee
atau berminat untuk bersama-sama kami menjana pendapatan?
PM / Whatsapp untuk info lanjut dan konsultasi percuma akan diberikan ^_^ 

*produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit

setiap pembelian vitamin dari saya anda layak mendapat:
♥ jadual makan vitamin
♥ konsultasi percuma 
♥ peluang menjana income dengan shaklee
♥ jika berdaftar dibawah group biz bimbingan saya, dan ingin mengubah taraf kehidupan diri dan keluarga..Just ask me..

No comments: