TIPS MERAWAT EKZEMA ~ APA YANG ANDA PERLU TAHU TENTANG EKZEMA

Assalamualaikum~~

korang mesti selalu dengar pasal ekzema kan...selalunya kita dengar baby yg kena ekzema ni...tapi sebenarnya orang dewasa pun ada yg mengidap ekzema juga.....kesian sangat...kulit merah-merah, gatal-gatal, ada yang sampai jadi bersisik dan berdarah jugak...
Apa yang perlu anda tahu?
kita tak tahu apa sebenarnya yang menyebabkan ekzema, tapi dianggarkan ekzema berlaku hasil gabungan faktor genetik dan juga persekitaran. lebih kurang 75% dari kanak-kanak yang mengalami atopic dermatitis cenderung untuk dijangkiti demam dan asma..dan ada beberapa jenis makanan yang boleh menyebabkan ekzema bertambah teruk seperti susu atau hasil tenusu, kekacang dan juga makanan laut bercangkerang.

Bentuk-bentuk ekzema
  • Actopic dermatitis - alahan yang dipercayai dari keturunan dan selalunya ada dalam salah silah keluarga yang mengidap asma. simptomnya termasuklah ruam gatal yang selalunya kita boleh nampak di kepala dan kulit kepala, leher, pelipat siku, pelipat lutut dan punggung.
  • Contact Dermatitis - ada dua jenis contact dermatitis: alahan dan kerengsaan. simptom kepada alahan tak menunjukkan kesan serta-merta terhadap alergen (bahan yang boleh menyebabkan alergi). Kerengsaan pula ialah kesan secara langsung dari bahan cucian. Kebanyakan kes yang dilaporkan ialah jenis kerengsaan. 
  • Xerotica Dermatitis - dermatitis jenis ni biasanya bermula dengan kulit kering yang berubah menjadi ekzema dan bertambah teruk jika cuaca buruk. Selalunya 
  • Seborrheic Dermatitis - sejenis ekzema yang berkait rapat dengan kelemumur, dan menyebabkan kulit kepala, kening, muka dan bahagian badan berkeruping kering dan berminyak.
Rawatan
kalau dari segi ubat-ubatan, ekzema boleh dirawat dengan:
  • corticosteroids
  • antihistamine
  • immunosuppresants moisturizer
  • diet yang seimbang
tetapi setakat ni, tak ada penyembuh untuk ekzema ni, cuma ada cara macam mana kita nak kawal simptom-simptomnya. apa yang boleh kita buat ialah dengan penjagaan diri sendiri:
  • pastikan kulit sentiasa lembap melalui pemakaian krim pelembap
  • elakkan mandi terlalu lama atau terlalu kerap
  • elakkan menyentuh bahan-bahan yang mudah menyebabkan iritasi seperti sabun, minyak wangi, bahan pencuci dan sebagainya.
  • pakai pakaian kapas yang longgar
  • gunakan kain atau pemampat sejuk untuk kurangkan gatal
  • elakkan makanan yang boleh menyebabkan alahan seperti makanan laut
  • kurangkan tekanan dengan senaman, meditasi atau teknik pengurusan stres yang lain
  • pakai sarung tangan perlindungan untuk aktiviti yang menggunakan air
  • elakkan aktiviti yang boleh membuatkan rasa panas dan berpeluh serta perubahan yang mendadak dalam suhu dan kelembapan
  • kekalkan suhu sejuk diruangan tidur untuk mengelakkan berpeluh semasa tidur.
korang jugak boleh tengok video kat bawah ni..ada bahan lain yang korang boleh guna untuk rawat ekzema dari luaran..


ada juga makanan yang bantu sembuhkan ekzema dari dalaman:
  • ikan air sejuk seperti salmon, dan kod - kaya dengan asid lemak Omega-3 yang boleh membantu mengurangkan simptom ekzema.
  • kekacang dan biji-bijian, terutamanya flax seed yang juga kaya dengan Omega 3
  • buckwheat (gandum hitam) kaya dengan quercetin dan adalah alternatif terbaik untuk makanan tanpa gluten - gluten dipercayai antara penyebab ekzema.
  • epal kaya dengan quertin, yang juga antara bahan penting untuk melawan simptom ekzema. epal merupakan ejen anti-radang dan anti-histamin
  • telur dan oat ada persamaan iaitu Zinc, mineral yang melawan ekzema
  • pisang kaya dengan histamin yang membantu merendahkan Magnesium dan Vitamin C
  • Stok ayam boleh membantu membina semula kulit.
Bagaimana Omega-3 boleh membantu pesakit ekzema?
Minyak Omeha-3 membari kesan terhadap keanjalan dan pembentukan kulit. Omega-3 membantu melambapkan kulit dari dalam. 

Cadangan Shaklee

Herbal Blend
  • membantu melembutkan kulit yang kasar
  • membantu melegakan rasa gatal dan  kulit yang pedih
  • * tidak sesuai untuk ekzema berair
Omega Guard
  • DHA & EPA dalam Omega Guard dipercayai mampu mengurangkan keradangan, menggalakkan fungsi otak, sistem saraf dan fungsi mata yang perlu diperoleh melalui pemakanan
  • membantu mengawal sistem imun seperti memperbaiki alahan kulit
  • memastikan kulit sentiasa lembap
************************************************************************************
anda berminat dengan vitamin Shaklee
atau berminat untuk bersama-sama kami menjana pendapatan?
PM / Whatsapp untuk info lanjut dan konsultasi percuma akan diberikan ^_^ 

*produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit

setiap pembelian vitamin dari saya anda layak mendapat:
♥ jadual makan vitamin
♥ konsultasi percuma 
♥ peluang menjana income dengan shaklee
♥ jika berdaftar dibawah group biz bimbingan saya, dan ingin mengubah taraf kehidupan diri dan keluarga..Just ask me..

No comments: