OBESITI DIKALANGAN KANAK_KANAK

kita selalu dengar, baca dan tengok masalah obesiti kat Malaysia ni semakin meruncing..infact, malaysia antara negara tertinggi yang ada masalah obesiti ni..bukan ORANG DEWASA je yang terlibat, kanak-kanak pun tak lari dari obesiti. Masalah berkaitan kesihatan, berat badan dan perubatan dikalangan kanak-kanak tidaklah seserius orang dewasa, tapi masalah obesiti ni boleh meletakkan mereka dalam risiko penyakit kronik seperti penyakit jantung dan diabetes dikemudian hari. mereka juga akan cenderung untuk mengalami tekanan, kemurungan dan kurang keyakinan diri. kesian tau...

ada macam-macam sebab yang boleh menyebabkan seseorang kanak-kanak itu menjadi obese :
  • Faktor genetik 
  • Kurang aktiviti fizikal
  • Pola pemakanan yang tidak sihat
  • atau kombinasi kesemua faktor diatas
  • Perubatan (masalah hormon) - tetapi sangat jarang berlaku
walaupun masalah berat badan berlaku dalam sejarah keluarga, tak semua anak yang ada dalam keluarga tu akan mengalami masalah berat badan. tapi anak-anak yang mempunyai ibubapa, abang atau kakak yang mempunyai masalah berat badan, mempunyai risiko yang tinggi untuk gemuk.hal ini dapat dikaitkan dengan perlakuan ahli keluarga seperti tabiat makan dan aktiviti seharian.

Jumlah keseluruhan diet dan aktiviti harian seseorang kanak-kanak memainkan peranan penting untuk menentukan berat badan kanak-kanak tersebut. Sekarang ni kanak-kanak habiskan lebih banyak waktu dengan menjadi tidak aktif. Contohnya kanak-kanak lebih suka terperuk dalam rumah menonton televisyen, bermain game di komputer, laptop, telefon pintar, ipad atau tablet.

Risiko penyakit
kanak-kanak yang obese berisiko tinggi untuk mengidap:
  • Kolestrol tinggi
  • Darah tinggi
  • Penyakit jantung peringkat awal
  • Diabetes
  • Masalah tulang
  • Masalah kulit seperti ruam panas, jangkitan kuman dan jerawat
Bagaimana nak tahu kalau anak anda sebenarnya obese?
Orang yang terbaik untuk menentukan sama anak anda terlebih berat badan atau tidak ialah doktor. Untuk menentukannya, doktor akan ukur berat dan tinggi dan hitung BMI (body mass index) beliau.

Bagaimana untuk membantu anak-anak?
kalau anda ada anak yang terlebih berat badan, ianya sangat penting untuk anda pastikan yang dia tahu bahawa dia sentiasa ada ibubapanya sebagai penyokong kuat. Perasaan anak-anak tentang diri sendiri pada kebiasaannya ditentukan oleh perasaan ibubapa mereka sendiri. kalau ibu dan ayah boleh terima keadaan anak-anak, anak-anak tu sendiri tak kan rasa rendah diri. Penting juga sebenarnya untuk ibu ayah bercakap dengan anak-anak dan biarkan mereka kongsi apa yang mereka rasa.

Adalah sangat tidak digalakkan anak-anak dipisahkan disebabkan berat badan. Instead, ibu ayah perlu fokus untuk ubah aktiviti fizikal dan tabiat makan ahli keluarga. Bila kita libatkan seisi keluarga, semua akan dapat belajar tentang tabiat yang sihat dan anak yang ada masalah berat badan tak kan rasa tersisih. 

Bagaimana untuk libatkan seisi keluarga?
ada banyak cara untuk libatkan seisi keluarga untuk habit yang sihat ni, tapi sangat penting untuk tingkatkan aktiviti fizikal keluarga. antara caranya ialah:
  • jadi contoh. kalau anak-anak tengok ibu ayah aktif secara fizikal dan rasa seronok, mereka juga akan jadi lebih aktif dan akan terus pilih untuk hidup secara aktif.
  • Plan aktiviti keluarga yang boleh buatkan semua orang bersenam seperti berjalan, berenang, atau pun berbasikal.
  • Sensitif terhadap keperluan anak-anak. anak-anak yang terlebih berat badan mungkin tak selesa untuk turut serta dalam satu-satu aktiviti. penting untuk ibu ayah tolong anak-anak cari aktiviti yang mereka suka dan tak memalukan atau membebankan.
  • Kurangkan masa bersama keluarga untuk aktiviti yang tak aktif seperti menonton televisyen atau bermain permainan video.
  • kurangkan pendedahan anak-anak untuk makanan segera dan juga makanan ringan
  • dari segi pemakanan pula, ibu ayah boleh ajar anak-anak untuk amalkan pengambilan makanan tambahan untuk menambah kelompongan nutrien dalam badan disamping pengamalkan diet yang seimbang mengikut piramid makanan.

apa-apa pun pendekatan yang ibu ayah pilih untuk anak yang terlebih berat badan, tujuan sebenarnya bukanlah untuk buat aktiviti fizikal ataupun ikut diet seimbang semata-mata, tapi sebenarnya untuk cipta lebih banyak peluang untuk anda dan keluarga jadi lebih aktif dan sihat

jom dapatkan bantuan segera dan bantu mereka untuk kembali sihat, ceria dan yakin dengan diri sendiri. klik gambar esell dibawah untuk pembelian terus secara online atau hubungi saya.  

***********************************************************************
anda berminat dengan vitamin Shaklee
atau berminat untuk bersama-sama kami menjana pendapatan?
PM / Whatsapp untuk info lanjut dan konsultasi percuma akan diberikan ^_^ 

*produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit

setiap pembelian vitamin dari saya anda layak mendapat:
♥ jadual makan vitamin
♥ konsultasi percuma 
♥ peluang menjana income dengan shaklee
♥ jika berdaftar dibawah group biz bimbingan saya, dan ingin mengubah taraf kehidupan diri dan keluarga..Just ask me..

No comments: