SLE


Kita tahu sesetangah produk Shaklee tak boleh diambil oleh mereka-mereka yang mengidap SLE kan..tapi rasanya ramai yang still tak tau apa sebenarnya SLE tu..ok jom kita kongsi sikit pasal SLE ni...

Apa itu SLE?
Systemic Lupus Erythematosus (SLE) atau yang selalu orang panggil Lupus ialah sejenis penyakit menular dan kronik .. immune system pesakit lupus ni akan menyerang tisu dan organ badan tuan punya badan tu (autoimmune disease) dan seterusnya boleh menyebabkan inflammation dan kerosakan tisu.. lupus boleh effect seluruh badan dan paling kerap menyerang jantung, sendi, kulit, peparu, salur darah, ginjal, hati dan juga system saraf.. Lupus lebih banyak menyerang wanita dalam lingkungan 15 hingga 35 tahun (ada sesetengahnya kata sampai 45 tahun) berbanding lelaki, terutamanya dikalangan wanita yang melahirkan anak .. ada banyak treatment untuk lupus, tapi setakat ni belum lagi ada cure .. lupus boleh menyebabkan kematian, yang mana leading cause dia ialah dari cardiovascular disease..
So…ada 4 jenis lupus..
R  Discoid lupus  erythemathosus – lupus jenis ni affect kulit dan selalunya dikenali sebagai cutaneous lupus..
R  Drug –induced lupus erythemathosus – lupus jenis ni pulak boleh terjadi sebagai kesan sampingan ubat contohnya beta-blockers yang selalu digunakan untuk merawat penyakit jantung dan juga tekanan darah tinggi.
R  Neonatal lupus erythethomatosus – lupus jenis yang ni pulak jarang berlaku terhadap bayi yang baru lahir, yang mana ibu kepada bayi tersebut mengidap lupus, dan boleh member masalah ketika melahirkan anak atau dalam kes yang rare, boleh menyebabkan kegagalan jantung berfungsi yang serious.
R  Systemic lupus erythemathosus – systemic lupus ni menyebabkan inflammation pada beberapa organ dan badan.



Apa yang menyebabkan lupus?
Lupus sebenarnya tak berjangkit ye..
ada beberapa faktor yang boleh menyebabkan terjadinya lupus..
R  Genetic – walaupun ada sejarah ahli keluarga yang mengidap lupus, tak semestinya lupus akan ‘diperturunkan’ kepada ahli keluarga…tapi kita boleh tengok seseorang tu boleh dapat lupus ataupun tidak.
R  Persekitaran – ada beberapa kajian dah dijalankan untuk kita tengok adakah persekitaran kita boleh menyebabkan lupus..terdedah terhadap cahaya UV, merokok, stress atau toksin mungkin atau tidak menjadi factor penyumbang.
R  Hormone dan kesakitan – hormon-hormon (estrogen & progesterone) yang selalunya meningkat semasa sedang mengandung atau dah lahirkan anak, boleh dikatkan dengan autoimmune disease seperti lupus..
R  Ubat-ubatan – sesetengan ubatan juga boleh menjadi punca terjadinya lupus.


Antara contoh lupus yang paling biasa dapat dilihat (butterfly rash)




No comments: