KURUS UNTUK CANTIK? KURUS UNTUK SIHAT?

Assalamualaikum~~

anda nak kurus untuk sihat atau kurus untuk cantik?
i would prefer kurus untuk sihat..sebab bila kita sihat, automatically kita akan nampak cantik..
seseorang yang nak kurus untuk sihat akan mengamalkan pemakanan yang seimbang, senaman dan gaya hidup yang sihat...so now can you see the relation slim for health leads to beauty?
seperti yang kita semua tahu, kegemukan boleh mengundang berlakunya obesiti yang mana obesiti mampu meningkatkan risiko pelbagai penyakit seperti strok, serangan jantung diabetes dan sebagainya...


so kat sini sy nak share few tips yang kawan2 boleh amalkan untuk dapatkan kurus yang sihat

MAKANAN RINGAN
elakkan makan makanan ringan (junk foods) seperti jajan, kerepek, biskut dan sebagainya..makanan ringan tidak mempunyai sebarang khasiat yang lengkap untuk tubuh..junk foods ni hanya mempunyai kandungan karbohidrat, kalori berlebihan, bahan pengawet dan juga perasa tiruan yang merbahaya untuk kesihatan.


MINUM AIR
banyakkan minum air kosong atau air mineral..air kosong dapat membantu membakar kalori yang terlebih tu...minum 8 gelas atau sekurang-kurangnya 3 liter sehari...Sebaiknya kalau dapat dielakkan minuman manis dan berkarbonat kerana kandungan gula dalam mminuman ringan mempunyai kalori dan indeks glisemik yang tinggi
  

GIZI SEIMBANG
pastikan menu sarapan, makan tengahari dan makan malam kita adalah betul..jangan skip waktu makan dan berlapar...pastikan juga setiap makanan yang kita makan mengandungi gizi yang seimbang yang lengkap dengan karbohidrat, protein, lemak, serat dan air seperti yang dicadangkan mengikut piramid makanan...


BUAH-BUAHAN
banyakkan makan buah-buahan kerana buah-buahan ni ada sangant banyak khasiat anti oksidan, mineral vitamin untuk tubuh kita..walaupun manis, buah-buahan mempunyai indeks glisemik yang rendah seperti jambu batu, mangga, limau, oren, epal, betik, belimbing dan sebagainya perlu dimakan sebelum makan..manakala buah-buahan yang berindeks glisemik tinggi seperti buah durian, pisang, anggur, kurma tembikai dan sebagainya harus dimakan selepas makan


PROTEIN
lebihkan pengambilan protein yang sihat ititu protein putih dan kurangkan protein merah seperti daging yang kaya dengan lemak tepu..makanan yang tinggi protein putih ialah ikan, tahu, tempe, telur, udang dan sotong.


KARBOHIDRAT
makan makanan berkarbohidrat tinggi dengan kandungan serat dan fiber (wholemeal bread, beras perang, oat dan sebagainya..karbohidrat jenis ni mempunyai indah glisemik yang rendah..karbohidrat seperti nasi boleh diambil, tapi dalam jumlah yang terkawal...makanlah nasi atau roti dengan sayur dan ulam-ulaman yang banyak...

PROBIOTIK
probiotik perlu diambil secara kerap untuk membantu membekalkan bakteria baik dalam usus yang boleh membantu dalam proses penghadaman lebih baik dan meningkatkan imuniti...ada banyak jenis minuman kultur yang ada di pasaran yang kaya dengan probiotik..


SUPLEMEN
amalkan pengambilan suplemen seperti multivitamin, vitamin C, vitamin E, anti oksidan, omega 3, mineral kalsium, magnesium, zink, chromium, selenium dan lain-lain...suplemen membantu mengekalkan sistem metabolisma tubuh ketahap yang optimum...banyak kajian telah membuktikan pengambilan suplemen seperti Omega3 boleh membantu menurunkan berat badan




diharapkan tip-tips yang sy share dapat membantu untuk kurangkan berat badan untuk kita mencapai tahap kesihatan yang maksimum dan dapat jadi cantik.....

M / Whatsapp untuk info lanjut dan konsultasi percuma akan diberikan ^_^ 

Shaklee Independent Distributor
PM/Whatsapp/email :  0163241452
Contact: syaz
Email: syazwani2615@gmail.com
Fbpage : Beauty Vitamin"s Cottage
COD : Bukit Beruntung, Bukit Sentosa, Kelana Jaya, Petaling Jaya
Delivery : Seluruh Malaysia, sabah & Sarawak 

*produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit

No comments: