ZIKIR DI BULAN RAMADHAN

Assalamualaikum~~

dalam tak sedar dah masuk hari ke 8 kita berpuasa..Alhamdulillah masih diberi kesempatan berpuasa dan diberikan rezeki untuk bersahur dan berbuka..
di bulan Ramadhan, bulan turunnya Al-Quran ni la kita kena giat perbanyakkan bacaan Al-Quran dan berzikir..bila kita basahkan lidah dengan zikrullah, mulut dan hati akan terhindar dari mengucapkan ataupun berfikir tentang perkara yang tak berfaedah..
so...hari ni sya nak share zikir-zikir yang kita boleh amalkan sepanjang bulan Ramadhan ni.. :)

Zikir Ramadhan 
zikir-zikir ni kita boleh amalkan hari-hari


Penghulu Istighfar
Telah bersabda Rasulullah SAW, "Sesiapa yang menghayati Penghulu Istighfar ini diwaktu pagi, kemudian dia mati, dia akan masuk syurga, jika disebelahkan petang kemudian dia mati, dia juga akan dimasukkan ke dalam syurga"

Ya Allah, Engkau adalah Tuhanku, tiada Tuhan selain Engkau. Engkau telah menciptakan diriku, dan aku adalah hamba-Mu. Aku telah berada dalam ikrar dan janji-Mu dengan semampuku. Aku berlindung pada-Mu dari kejahatan apa yang aku perbuat, aku mengakui semua mikmat-Mu kepadaku dan aku mengakui segala dosa-dosaku. Maka ampunilah aku kerana sesungguhnya tiada yang dapat mengampuni dosa-dosa selain Engkau.

Zikir Rasulullah
Berkata Aisyah RA; Ketika Rasullah SAW hampir dengan kewafatannya perbanyakkan beristighfar.


ok kawan2...sya dah ngantuk..nak beradu dulu..hehe...nnt nak bangun qiamullail pulak...
jom perbanyakkan amalan rebut keberkatan yang ada di bulan Ramadhan ni..  :)

No comments: