TIPS HILANGKAN KUTU KEPALA!!

TIPS HILANGKAN KUTU KEPALA!!

Assalamualaikum~~ hari ni sya nak share tips hilangkan kutu kepala..dah start cuti sekolah ni bukan anak-anak je balik rumah...sekali dengan kutu kepala dorang bawak sekali kan?sangat selalu kita dengar bila anak-anak start bergaul dengan kanak-kanak lain, mula la dorang bawak balik serangga atas kepala tu..memang tak lari la masalah kanak-kanak start sekolah dengan kekutu...kutu tu punya la gila susah nak hilangkan dia...telur-telur dia melekat kuat..ketahuilah sesungguhnya...sambil buat entry ni sambil garu2 kepala...contagious melampau kot..hahaha..padahal takde pun kutu kat kepala ni..
TIPS HILANGKAN KUTU KEPALA!!
ok..sekarang ni cecepat grab barang-barang ni :
  • Listerine (any mouthwash pun boleh sebenarnya)
  • cuka
  • beberapa helai tuala
  • showercap atau beg plastik
  • sikat kutu
TIPS HILANGKAN KUTU KEPALA!!
caranya:

mula-mula basahkan kepala anak dengan listerine..pastikan kepala betul-betul basah dengan listerine tadi..kemudian tutup rambut dengan showercap ataupun plastik...pastikan plastik betul-betul tutup rambut bagi mengelakkan percubaan meloloskan diri si kutu-kutu tersebut...letak tuala sekeliling leher dan biarkan selama satu jam...sementara tunggu tu boleh la biarkan anak-anak main-main ke buat apa2 yang dorang nak buat..

lepas sejam, buka plastik dan sikat guna sikat kutu..korang boleh tengok betapa banyaknya kutu yang gugur dimedan perang....sangat tak best untuk dilihat tapi ini menunjukkan its really working...kemudian bilas rambut dengan air dan basahkan dengan cuka...reapply plastik, pastikan ketat, letak tuala di leher dan biarkan lagi sejam...

lepas sejam, cuci cuka dan basuh dengan syampu macam biasa..pastu sikat lagi guna sikat kutu untuk keluarkan telur-telur yang dah tercabut...cuka bertindak menanggalkan gam pada telur yang melekat kat rambut...part ni la yang paling degil sekali....rasa macam dah bunuh semua kan...tapi tetiba ada lagi kekutu tu...so this is where the vinegar plays its role...

para ibu bapa sekalian boleh try tips ni kat anak-anak korang yang ada masalah kekutu ni...tips hilangkan kutu kepala ni lebih senang, jimat dan selamat berbanding korang guna bahan kimia which obviously not safe for your kids...bahan kimia yang ada dalam ubat kutu yang ada kat kedai tu boleh meresap masuk dalam kulit kepala and i believe bukan itu yang korang nak kan?..plus...bau rambut pun jadi best sebab listerine tu...korang boleh gak dilutekan listerine tu dengan air dan letak dalam botol kecik yang boleh spray...spray sikit kat kepala anak sebelum dorang keluar...bau listerine tu boleh bantu hindari kekutu dari datang bertandang...they hate the smell!

so thats it for tonight...ntah ngape tak dapat tido malam ni....almakanya menghapdet blog le kita kan...ngehngehngeh.....and oh its december! selamat berjuang untuk bulan baru rerakan dbloggerbest sekalian...FIGHTING! good night ^.^

MENGATASI MASALAH RAMBUT GUGUR

***********************************************************************
anda berminat dengan vitamin Shaklee
atau berminat untuk bersama-sama kami menjana pendapatan?
PM / Whatsapp untuk info lanjut dan konsultasi percuma akan diberikan ^_^ 
Shaklee Bukit Beruntung

*produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit

setiap pembelian vitamin dari saya anda layak mendapat:
♥ jadual makan vitamin
♥ konsultasi percuma 
♥ peluang menjana income dengan shaklee
♥ jika berdaftar dibawah group biz bimbingan saya, dan ingin mengubah taraf kehidupan diri dan keluarga..Just ask me..

1 comment:

Unknown said...

Boleh dibuat hari2 ke? Atau seminghu sekali? N cuka tu pakai cuka yg ad kat dapur kan