CARA MENCEGAH DEMAM DENGGI

CARA MENCEGAH DEMAM DENGGI

Demam denggi merupakan sejenis penyakit jangkitan virus yang merebak melalui gigitan nyamuk Aedes aegypti yang telah dijangkiti. Terdapat 4 jenis virus yang boleh menyebabkan demam denggi iaitu DEN 1, DEN 2, DEN 3 dan DEN 4. 
CARA MENCEGAH DEMAM DENGGI
Statistik Demam Denggi Malaysia
CARA MENCEGAH DEMAM DENGGI
Bagaimana Aedes membiak?
Ada beberapa tempat yang dapat dikenalpasti sebagai tempat pembiakan utama nyamuk aedes seperti : 
  • Tapak pembinaan: kasut getah, alat pembancuh simen, topi keselamatan, lubang cerucuk, pembahagi jalan, lantai bangunan,penutup kanvas, lubang-lubang pada tanah,bekas makanan dan baldi, kereta sorong, tempat membasuh alat, tangki air.
  • Sekolah : mangkuk tandas, tangki tandas, piring alas dan pasu bunga, tong sampah, perabot dan bekas-bekas yang dibuang, botol minuman, kotak hydrophonic plants, balkoni.
  • Kilang-kilang atau industri : dram, tayar buruk, kereta buruk, bekas terbiar.
  • Kemudahan kesihatan : bekas bunga, taman burung, talam pendingin hawa, talam bawah peti sejuk, palong hujan, kotak plastik, piring alas pasu bunga dan mangkuk tandas.
  • Pejabat kerajaan atau swasta : bekas bunga, tangki tandas, talam pendingin hawa, akuarium dan tempat letak bendera.
  • Kawasan perumahan : kolah mandi, tempayan, piring alas pasu bunga, talam bawah peti sejuk, pasu bunga, baldi plastik, dram, dan perangkap semut.
  • Kawasan kedai : saluran air hujan, baldi, pasu bunga, tayar, bekas-bekas terbiar, botol, tin, tempurung, pokok keladi, balkoni.
  • Tempat permainan kanak-kanak : pelepah, daun-daun, bekas terbiar, alat-alat permainan kanak-kanak, paip-paip besi, terowong mainan dan buaian tayar.
  • Tempat perkuburan : pasu bunga, tin-tin, lubang batu nisan, dan bekas makanan
CARA MENCEGAH DEMAM DENGGI
Kitaran hidup Nyamuk Aedes aegypti
Simptom-simptom demam denggi
Kebiasaannya demam akan terjadi pada hari ke 3 hingga hari ke 15 jangkitan nyamuk. 
  • Selalunya ia akan bermula dengan demam kuat yang mengejut, sakit kepala yang teruk / kuat, sakit pada bahagian belakang mata serta otot-otot dan sendi-sendi. Ruam merah di kulit juga boleh terjadi.
  • Demam ini boleh mencapai suhu 40-41 C, dan selalunya akan berlarutan selama 2 hingga 7 hari. Ia juga boleh menyebabkan serangan sawan dikalangan kanak-kanak dibawah umur 6 tahun. Sakit teruk pada tulang-tulang, otot-otot dan sendi-sendi. 
  • Terdapat dua jenis demam denggi  - Demam denggi klasikal : demam patah tulang
                                                           - Demam denggi berdarah : membawa maut
  • Ruam selalunya akan tumbuh pada hari ke 3 dan 4 selepas bermulanya demam.
  • antara simptom lain yang boleh dialami ialah muntah dan cirit birit, pendarahan pada mulut dan hidung, hipotensi - tekanan darah menjadi rendah, sakit dibahagian abdomen, pendarahan dibahagian usus. 
CARA MENCEGAH DEMAM DENGGI
Simptom-simptom demam denggi
CARA MENCEGAH DEMAM DENGGI
Rawatan demam denggi
  • Segera berjumpa dengan doktor kerana tiada ubat yang khusus untuk merawat demam denggi
  • rehat dan banyakkan minum air masak. Ubat demam boleh diambil untuk menurunkan demam dan mengurangkan kesakitan.
  • Elakkan aspirin bagi kanak-kanak dibawah umur 12 tahun
  • Mandi jerlum
  • Antibiotik tidak diperlukan.

Pencegahan Denggi
Pada masa sekarang masih tiada vaksin untuk mengubati demam denggi. Walau bagaimanapun pelbagai usaha sedang dijalankan untuk menghasilkan vaksin tersebut.

Elakkan gigitan nyamuk dengan: 
  • gunakan ubat nyamuk
  • gunakan kelambu semasa tidur, gunakan repellent jika perlu.
  • elakkan aktiviti semasa nyamuk aktif menggigit (5:30 pagi - 8:00 pagi dan 5:30 petang - 8:00 malam)
  • Pakai pakaian berlengan panjang dan seluar panjang apabila keluar daripada rumah.
  • Pasang jaring halus (mosquito mash) ditingkap dan pintu.
Menghapuskan tempat-tempat pembiakan nyamuk
  • menghapuskan tempat pembiakan nyamuk di sekeliling rumah. Musnahkan semua bekas yang boleh menakung air hujan atau lebihan air, terutamanya di besen, tayar lama, bekas bunga, bekas plastik dan tong. Jika tidak boleh dimusnahkan, letakkan bahan pembunuh jentik-jentik di bekas tersebut.
  • Kerap tukar air dibekas minuman haiwan peliharaan.
Jika anak anda disyaki mengalami sakit denggi dan dipantau sebagai pesakit luar (tidak dimasukkan ke wad) bawa anak anda segera ke hospital atau klinik jika :
  • muntah berlarutan/berpanjangan
  • sakit perut
  • kurang bermaya/sawan
  • sesak nafas
  • pucat/sejuk pada tangan dan kaki
  • pendarahan daripada gusi/hidung, muntah darah, najis berdarah dan tanda-tanda merah pada kulit.
Pengambilan suplemen
Jauhi demam denggi dengan melengkapkan nutrien dalam badan kita.
CARA MENCEGAH DEMAM DENGGI
Set demam denggi
Suplemen cadangan dari Shaklee dapat membantu memberikan nutrien yang diperlukan oleh tubuh.

Sustained Release Vitamin C
  • membantu menghalang virus denggi dari merebak
  • membantu dalma penyerapan iron dalam penghasilan sel darah merah
  • membantu meningkatkan sistem imunisasi
  • bertindak sebagai antioksida yang kuat
Nutriferon
  • membantu menguatkan sistem imun dengan menggalakkan penghasilan interferon semulajadi dalam badan.
Performance Drink
  • Dehidrasi - membantu mengekalkan cecair dalam badan
  • Mengurangkan kekejangan - menghasilkan impuls elektrik yang perlu digunakan oleh saraf-saraf dan otot-otot dalam badan.
  • Meningkatkan tenaga - memberi karbohidrat yang badan perlukan untuk mengekalkan fungsi otot.
ESP Soy Protein Isolated Powder
  • Merupakan sumber protein yang bagus
  • membantu dalam penjanaan sel darah merah yang baru
  • membantu meningkatkan platlet.

Nak Rawat Demam Denggi Tanpa Ubat? Ini Membantu... from iReach HD on Vimeo.


Demam denggi boleh menjurus kepada maut jika tidak dirawat dengan segera. Pastikan kawasan rumah kita bersih dari sarang nyamuk aedes dan bahan kotoran. Dapatkan pencegahan awal jika anda nampak sebarang tanda-tanda demam denggi..mari bantu ahli keluarga kita . klik gambar esell dibawah untuk pembelian terus secara online atau hubungi saya.

***********************************************************************
anda berminat dengan vitamin Shaklee
atau berminat untuk bersama-sama kami menjana pendapatan?
PM / Whatsapp untuk info lanjut dan konsultasi percuma akan diberikan ^_^ 

*produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit

setiap pembelian vitamin dari saya anda layak mendapat:
♥ jadual makan vitamin
♥ konsultasi percuma 
♥ peluang menjana income dengan shaklee
♥ jika berdaftar dibawah group biz bimbingan saya, dan ingin mengubah taraf kehidupan diri dan keluarga..Just ask me..

No comments: