kalsium ialah mineral yang sangat penting dalam hidup kita. selain penting untuk pertumbuhan dan kesihatan tulang, kalsium juga membantu dalam pembekuan darah, saraf yang menghantar mesej dan kontrak antara otot. lebih kurang 99% dari kalsium dalam tubuh kita ada pada tulang dan gigi.. setiap hari kita kehilangan kalsium melalui kulit, kuku, rambut, peluh, air kencing dan bahan kumuhan, tapi, badan kita tak boleh menghasilkan kalsium yang baru.
sumber kalsium |
KALSIUM, TULANG DAN OSTEOPOROSIS
Perkara yang membantu meningkatkan kesihatan tulang dan mengekalkan kalsium dalam badan
- Vitamin D, Vitamin C, Vitamin K & Magnesium - kesemua vitamin ini penting untuk penyerapan kalsium secara optimum
- Masa - kesan kalsium adalah lebih efektif jika diambil dengan dos yang kecil tetapi berkala sepanjang ahri mengikut keperluan harian seorang dewasa berbanding diambil dengan dos yang banyak sekali sehari.
- Senaman - aktiviti berat membantu mengekalkan kalsium dalam tulang.
Perkara yang menghalang tubuh dari mendapat kalsium secukupnya
- Kafein - kafein menyebabkan tubuh kehilangan kalsium dan mengurangkan paras kalsium.
- Rokok - rokok menyerap kalsiumdan mengakibatkan tubuh kekurangan kalsium
- Garam - pengambilan garam yang berlebihan boleh menambahkan jumlah kalsium yang akan terkeluar bersama air kencing
- Oxalic Acid - oxalic acid membantutkan penyerapan kalsium.
- Junk Foods - makanan dan minuman seperti soda, alkohol dan makan ringan menyebabkan pengurangan kalsium dan mengganggu proses penyerapan.
ini lah sebabnya penting untuk kita cari alternatif lain untuk menambahkan kalsium dalam badan..apabila tubuh kita tak dapat kalsium yang mencukupi, kalsium akan ditarik dari tulang..sebab tu la boleh berlakunya Osteoporosis
sumber lain kalsium selain susu |
Berapa banyak Kalsium yang kita perlukan?
jumlah pengambilan kalsium bagi seorang dewasa normal ialah seangak 1,000mg..tapi untuk special cases, jumlah pengambilan adalah berbeza
- kanak-kanak - 800mg
- remaja - 1,200mg
- wanita hamil - 1,200mg
- wanita yang mengalami tanda-tanda awal menopause - 1,200 - 1,500mg
- warga emas - 1,200mg
Osteoporosis
Ostoeporosis selalu dikaitkan dengan keadaan tulang yang lemah. ia merupakan satu keadaan di mana berlakunya kemerosotan kepadatan normal tulang yang akhirnya menyebabkan tulang menjadi rapuh. ia menyumbang kepada keadaaan poros tulang dan menjadikan tulang seperti span dan rapuh dari dalam..ini menyebabkan risiko tulang retak atau patah semakin meningkat. tulang yang normal mengandungi protein, kolagen dan kalsium yang menjadikannya kuat.
Secara normalnya, kecederaan ringan sebenarnya tak dapat memberikan impak yang besar terhadap tulang kita. tetapi, apabila tulang mempunyai masalah osteoporosis, tulang lebih mudah retak. keretakan boleh terjadi samada dalam bentuk retak (seperti tulang pinggul yang retak) atau rekaham mampat pada tulang vertebra tulang belakang.. Tulang belakang, pinggul dan pinggang adalah antara tulang yang biasa mengalami keretakan yang turut berkemungkinan berlaku pada tulang rangka lain.
adalah sangat penting untuk kita mendapat kalsium yang mencukupi..tulang kita perlu dijaga dengan rapi supaya dapat kekal aktif melakukan aktiviti harian, dan yang penting cukup sihat untuk beribadat.
***********************************************************************
anda berminat dengan vitamin Shaklee
atau berminat untuk bersama-sama kami menjana pendapatan?
atau berminat untuk bersama-sama kami menjana pendapatan?
*produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit
setiap pembelian vitamin dari saya anda layak mendapat:
♥ jadual makan vitamin
♥ konsultasi percuma
♥ peluang menjana income dengan shaklee
♥ jika berdaftar dibawah group biz bimbingan saya, dan ingin mengubah taraf kehidupan diri dan keluarga..Just ask me..
No comments:
Post a Comment