KECEDERAAN LIGAMEN ANTERIOR CRUCIATE

KECEDERAAN LIGAMEN ANTERIOR CRUCIATE 

Assalamualaikum..sebenarnya entry ni was requested..so i tried my very best untuk buat research and do some readings sebelum mula menulis..i am not a physiotherapist neither am i someone from medical line..i am just a small bug who love to read, write and share..kalau ada pakar-pakar yang sudi membaca entry sya ni, diharapkan dapat memberikan kritikan dan tegur kalau ada salah ye... :)
so..lets do this!

***********************************************************************
Anterior Cruciate Ligament atau ACL merupakan 1 daripada 4 ligamen yang membantu menstabilkan lutut kita. ia berfungsi untuk mengawal sejauh mana tulang tibia (tulang keting) bergerak seiring dengan tulang femur (tulang peha). ligamen ini juga merupakan ligamen yang paling mudah tercedera..selalunya, kecederaan ACL berlaku apabila ligamen lutut terkoyak. Kesan koyak ini boleh jadi sebahagian atau sepenuhnya.
KECEDERAAN LIGAMEN ANTERIOR CRUCIATE
Punca Kecederaan
  • lutut 'terlebih lurus' (hyperextended)
  • pergerakan secara tiba-tiba seperti berhenti secara mengejut, menukar arah secara tiba-tiba ketika berlari, pendaratan ketika melompat, atau berpusing.
  • perlanggaran fizikal
Perlanggaran fizikal seringkali berlaku pada sukan-sukan seperti bola sepak, futsal, badmintan, sepak takraw, ragbi, bola keranjang dan bola jaring. selain aktiviti sukan, kecederaan ditempat kerja dan kemalangan jalan raya juga boleh menyebabkan kecederaan ACL.

kebanyakan ACL terkoyak dibahagian tengah ligamen, atau ligamen tertarik dari tulang peha. kecederaan ini membentuk ruangan di antara ligamen yang terkoyak, dan mengambil masa yang lama untuk sembuh.

Wanita lebih mudah mengalami ACL berbanding lelaki kerana perbezaan anatomi tubuh, muscle mass dan aktiviti. Wanita mempunyai tulang pelvis yang lebih besar. lebih besar angle dimana tibia bertemu dengan femur di sendi lutut. Angle yang lebih luas menyebabkan ACL stress dan meningkatkan risiko kecederaan. 
KECEDERAAN LIGAMEN ANTERIOR CRUCIATE
Kecederaan ACL

Tanda-tanda
Tanda-tanda awal:
  • bunyi 'pop' ketika berlaku kecederaan dan biasanya lutut akan terkeluar dari lokasi asal.
  • lutut membengkak dalam tempoh 6 jam kecederaan.
  • sakit, terutamanya apabila anda cuba untuk meletakkan bebanan ke atas kaki yang tercedera.
mereka yang hanya mengalami kecederaan ringan mungkin akan berasa lutut mereka tidak stabil atau 'lemah' ketika menggunakannya.

Rawatan
segera berjumpa dengan doktor jika anda dapati anda mengalami kecederaan ACL. jangan bersukan atau melakukan sebarang aktiviti sehinggalah anda berjumpa dengan doktor dan mendapat rawatan. kebiasaannya doktor akan buat ujian MRI pada lutut untuk sahkan kecederaan. masa ni juga lah kita boleh dapat tau kalau ada kecederaan lain pada lutut kita.

apa yang boleh anda lakukan jika berlakunya ACL:
  • meninggikan kaki melebihi ketinggian jantung
  • letakkan ice di lutut
  • 'Pain reliever' seperti ubat bukan steroid anti-radang (seperti ibuprofen)
anda juga mungkin memerlukan:
  • tongkat sebagai bantuan berjalan sehingga lah sakit dan bengkak berkurangan.
  • fisioterapi untuk membantu memperbaiki pergerakan sendi dan kekuatan kaki
  • pembedahan untuk pembinaan semula ACL (Reconstruction)
ada yang mampu untuk meneruskan hidup seperti biasa dengan ACL yang terkoyak dan mula sembuh dalam beberapa bulan. tetapi, ada yang mengadu lutut mereka tidak stabil dan tak 'memberi kerjasama' ketika melakukan aktiviti fizikal. 

Jika ACL yang terkoyak tidak dirawat, ia boleh menyebabkan kecederaan yang lebih parah.. ligamen tidak akan sembuh semula melainkan ia dibina semula menggunakan tendon atau ligamen untuk menggantikan ligamen yang koyak. Selalunya, ligamen dibawah peha digunakan untuk menggantikannya. Kadar penyembuhan untuk pesakit sembuh dari kecederaan ACL selepas pembedahan adalah lebih dari 90% tanpa mempunyai komplikasi lain.

Jangan!
  • JANGAN cuba untuk menggerakkan lutut jika anda mengalami kecederaan yang serious
  • gunakan anduh (splint) untuk memastikan lutut tetap lurus sehingga la anda berjumpa doktor
  • JANGAN kembali bermain atau melakukan sebarang aktiviti sehinggalah dirawat.
Langkah Keselamatan
gunakan teknik yang betul ketika bermain sukan atau bersenam. pemakaian 'knee braces' ketika aksi lasak adalah sesuatu yang biasa, dan didapati dapat membantu mengurangkan masalah kecederaan lutut.

kalau ini entry untuk promote produk Shaklee, i would suggest Collagen Shaklee untuk bantu pembinaan semula ligamen sebab 99% ligamen terdiri dari collagen yang menyokong kekuatan sendi..but since this entry mainly focusing on ACL, so i'll pass :)

diharapkan entry ni dapat membantu mereka yang nak tahu dan baru dengar tentang ACL..

***********************************************************************
anda berminat dengan vitamin Shaklee
atau berminat untuk bersama-sama kami menjana pendapatan?
PM / Whatsapp untuk info lanjut dan konsultasi percuma akan diberikan ^_^ 

*produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit

setiap pembelian vitamin dari saya anda layak mendapat:
♥ jadual makan vitamin
♥ konsultasi percuma 
♥ peluang menjana income dengan shaklee
♥ jika berdaftar dibawah group biz bimbingan saya, dan ingin mengubah taraf kehidupan diri dan keluarga..Just ask me.. 

1 comment:

intan said...

thanks for the info