6 TIPS MENJAUHI PENGARUH NEGATIF

6 TIPS MENJAUHI PENGARUH NEGATIF

setiap dari kita takkan terlepas dari bergelumang dalam aura negatif..masalahnya dengan mereka ni yang pilih untuk hidup dalam negativity ialah mereka bukan sahaja bersifat negatif dengan diri sendiri, mereka turut mengheret sama orang-orang keliling kedalam dunia negatif mereka.
6 TIPS MENJAUHI PENGARUH NEGATIF

6 TIPS MENJAUHI PENGARUH NEGATIF
jika anda seorang yang positif (atau sekurang-kurangnya cuba untuk hidup dengan positif), bergaul dengan orang yang negatif boleh mempengaruhi kehidupan kita, memandangkan tenaga itu sendiri boleh dipindah sesama kita..kadang-kadang bila kita habiskan terlalu banyak masa dengan orang-orang negatif ni, kita sendiri boleh jadi penat, rasa nak marah, frustrated sangat..penat..penat sangat bila terlalu banyak benda negatif yang masuk dalam kepala ni.

tambahan lagi, hari ni (dari semalam kot) kita dikejutkan dengan kenaikan harga minyak...setakat ni rasanya ni la harga paling tinggi dalam hidup sya...and i am very sure lepas ni akan banyak la keluar kata-kata berunsur negatif...adalah sangat penting untuk anda mereka-mereka yang bertenaga vampire ni..hehe..kat sini sya kongsikan 6 tips untuk menjauhi pengaruh negatif ni :

1.   Kenalpasti siapa mereka
kita sendiri kena bijak untuk kenal pasti siapa antara kenalan kita yang bersifat negatif..kalau boleh kelaskan mereka..terlalu negatif atau moderate..kalau yang terlalu negatif tu kurang-kurangkan la masa bersama mereka..kalau family tu tak boleh nak buat apa la kan..tapi kalau mereka mula bernegatif, tukar kepada topik yang lebih ringan supa tak terlalu banyak unsur-unsur negatif yang keluar.

 2.  Relax
pastikan tenaga anda 'ringan' dan jangan ambil pusing sangat apa yang mereka katakan..dont take things personally..berada dalam posture yang betul dan sentiasa senyum boleh bantu anda untuk tangani situasi negatif ni dengan lebih berhemah dan rasional.

 3.  Beri pujian
pujian boleh buatkan mereka yang negatif ni terkeluar sekejap dari negative circle mereka dan menghasilkan tenaga baru untuk perbualan dengan mereka. daripada kita hadap kata-kata negatif yang keluar dari mulut mereka, tukar suasana dengan memberikan kata-kata pujian tentang penampilan ataupun pencapaian mereka..

4.  Tetapkan limitations
6 TIPS MENJAUHI PENGARUH NEGATIF
limitation ni lebih merujuk kepada masa yang dihabiskan dengan mereka..spending the whole day with a negative person could be overbearing..and that energy could be transferred to you..sangat bahaya..tetapkan, untuk seorang yang negatif yang anda jumpa, hanya beberapa minit sahaja untuk bersama mereka..lepas tu, walk away..

5.  Jangan takut untuk tegakkan pendirian
ada sesetengah orang-orang negatif ni sangat pandai buatkan orang keliling dia tak senang duduk..mereka manipulate minda, cuba ganggu kalau kita bagi pendangan, dan mengkucar kacirkan tenaga dalam tubuh kita...bunyi dasyat kan? hahaha..tapi jangan takut untuk tegakkan pendirian dan sesekali kecilkan hati mereka dan lawan balik. love your self enough to say "no". 

6.  Kekal Positif
6 TIPS MENJAUHI PENGARUH NEGATIF
pastikan fikiran dan tindak tanduk anda sendiri sentiasa positif. perwatakan yang negatif ni senang sangat nak berjangkit, tapi ini tak bermakna postive attitude tak boleh buat benda yang sama. 
  • bergaul dengan mereka-mereka yang sentisa positif
  • gunakan kata-kata positif
  • sentiasa mensyukuri nikmat kurniaan Allah dan fokus terhadap apa yang kita ada instead of yang tiada.
  • sentiasa 'selaputkan' diri sendiri dengan istighfar, selawat dan zikrullah..
  • baca Al-Quran
  • baca bahan-bahan yang boleh memberi inspirasi dan dengar muzik-muzik yang menceriakan
  • buat apa yang anda suka untuk kekal positif.
6 TIPS MENJAUHI PENGARUH NEGATIF
anda sendiri perlu tahu masanya untuk beredar bila dah dapat rasa tenaga anda semakin berkuragan dek asyik mendengar komplen yang tak sudah. tak salah untuk katakan "conversation ni memenatkan la..boleh tak kita cakap pasal benda positif?kalau tak saya terpaksa pergi"

diharapkan 6 tips yang sya share ni boleh bantu anda untuk tangani mereka-mereka yang negatif ni..jangan anggap diri sebagai mangsa keadaan yang terpaksa mendengar benda-benda negatif tu..anggap ianya sebagai ujian ketangkasan emosi dan spirit kita..relax, and keep things positive. cuba tips ni kalau anda jumpa dengan orang-orang negatif dan anda akan dapati lebih mudah untuk tangani mereka ni dengan hati yang tenang.

Thanks for reading :)

***********************************************************************
anda berminat dengan vitamin Shaklee
atau berminat untuk bersama-sama kami menjana pendapatan?
PM / Whatsapp untuk info lanjut dan konsultasi percuma akan diberikan ^_^ 

*produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit

setiap pembelian vitamin dari saya anda layak mendapat:
♥ jadual makan vitamin
♥ konsultasi percuma 
♥ peluang menjana income dengan shaklee
♥ jika berdaftar dibawah group biz bimbingan saya, dan ingin mengubah taraf kehidupan diri dan keluarga..Just ask me..

No comments: